MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Saturday, July 31, 2010

Terima Kasih kepada Para Penderma

Kami ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penderma yang menyumbang ke Baitul Husna. Walaupun ada penyumbang yang tidak kami kenali, kami amat menghargai segala sumbangan kalian samada berbantuk wang, barangan ataupun doa kepada kami.

Kami juga sentiasa mendoakan agar kesemua yang menyumbang kepada kepada agar Allah Ta'ala mengampuni segala dosa-dosanya dan agar dipermudahkan segala urusan mereka. Kami berharap akan terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan melalui Baitul Husna ini.

Hanya Allah jua yang Maha Tahu membalas kebaikan kalian semua.

Ke Masjid Saidina Ali Abi Talib (SAAT)

Semalam kesemua anak-anak Baitul Husna dikehendaki ke Masjid SAAT untuk solat magrib berjemaah. Mulai minggu ini juga, setiap hari Sabtu & Ahad anak-anak ini akan berjemaah di masjid dan mendengar kuliah subuh. Ini adalah proses tarbiyah yang perlu dilalui oleh anak-anak Baitul Husna. Mudah-mudahan dengan mendekati rumah Allah hati mereka akan mudah dan cenderung kepada perkara kebaikkan.

Ini adalah antara misi kami di Baitul Husna agar melahirkan anak-anak yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala dengan kefahaman yang jelas dan bukan dengan cara terpaksa. Kita mahukan agar mereka kekal menjadi insan yang solehah ketika berada bersama Baitul Husna dan ketika mereka dewasa kelak.

Amat mencabar memelihara 10 orang anak perempuan ini. Walau apapun ini adalah cabaran buat kami semua agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Thursday, July 29, 2010

Jejak Fakir

Selepas zohor sekitar jam 2.30 petang, Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi dan sukarelawan Baitul Husna iaitu Man Turkey atau lebih dikenali sebagai Abang Man telah ke kawasan setinggan berhampiran bandar Kuantan. Keadaan rumahnya amat dhaif , tiada bekalan air diperolehi dan ketika banjir mereka terpaksa berpindah. Mujur juga ada seorang ahli perniagaan berbangsa Tiong Hua yang sudi membantu memperbaiki rumah tersebut.

Di rumah tersebut dihuni oleh 8 orang iaitu ibu kepada 7 orang anak serta seorang warga emas yang tiada waris menumpang di rumah tersebut. Ibu tersebut bekerja di sebuah kilang pembuat fish ball dengan kadar bayaran RM 4 sehari. Suaminya yang bertaraf penduduk tetap berasal dari negara jiran, langsung tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayak kepada anak-anaknya. Suaminya telah meninggalkan kelauarganya sejak   beberapa tahun yang lalu. Kini keluarga ini hanya bergantung harap kepada sumbangan abang kepada si ibu tersebut.

Tujuan lawatan tersebut untuk memilih anak daripada keluarga tersebut untuk dimasukkan ke Baitul Husna. Pihak Baitul Husna melalui JK pemilihan akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu atau 2 minggu lagi.

Latihan Puasa

Syukur pada Allah Ta'ala yang telah memberikan kekuatan kepada anak-anak Baitul Husna berpuasa. Hari ini kesemua mereka telah berjaya menggantikkan puasa yang telah ditinggalkan tahun lepas. Walaupun bukan wajib bagi mereka (yang belum baligh) menggantikan puasa, ini adalah latihan buat mereka bagi menempuh bulan Ramadhan nanti.

Mudah-mudahan mereka akan terus membudayakan berpuasa sunat kelak. Diharapkan juga budaya berpuasa ini kekal sehingga mereka dewasa.

Tuesday, July 27, 2010

Tuisyen Matematik

Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada para siswi daripada UIA dalam bidang Sains Matematik yang secara sukarela mengadakan kelas tuisyen matematik kepada para pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Insya Allah, pihak kami merancang untuk mengadakan bengkel matematik buat anak-anak yatim & miskin yang tidak menetap di Baitul Husna.

Sesiapa yang berkelapangan silalah untuk menziarahi ke Baitul Husna.

Tuesday, July 20, 2010

Kelas Tuisyen Bahasa Melayu

Hari Ahad lalu, kelas tuisyen Bahasa Melayu untuk anak-anak yang bakal menduduki UPSR telah bermula. Kelas tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Melayu untuk para pelajar Maahad Tahfiz di Ulu Langat yang menduduki SPM. Kini pengalaman tersebut dimanfaatkan untuk anak-anak di Baitul Husna.

Fokus kelas tuisyen tersebut ialah kertas 2 iaitu kemahiran menulis karangan. Semoga anak-anak ini akan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Thursday, July 15, 2010

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat

Pihak PIBG SK Bukit Sekilau dan pihak sekolah telah menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk calon-calon UPSR. Tahun ini seramai 5 orang anak-anak Baitul Husna yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Pengurus selaku penjaga anak-anak Baitul Husna telah memenuhi undangan tersebut.

Selepas solat Isyak, pengurus sempat berbual dengan YDP PIBG iaitu Tn Hj Emir tentang perkembangan anak-anak Baitul Husna. Kami semua mendoakan agar anak-anak ini akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR kelak.

Hari Sabtu ini, akan bermla kelas intensif Bahasa Inggeris untuk anak-anak Baitul Husna. Kelas akan berjalan selama 4 jam daripada jam 9 pagi hingga 1 petang. Diharap selepas ini mutu Bahasa Inggeris anak-anak akan meningkat.

Mulai minggu depan, Pengurus akan memulakan kelas intensif bagi pelajaran Bahasa Melayu untuk anak-anak yang akan menduduki UPSR. Aspek penulisan akan ditekankan kepada anak-anak agar mahir dalam kertas 2 UPSR kelak.

Riadhah Anak-anak Baitul Husna

Petang tadi jam 5.30pm, 5 orang daripada anak-anak Baitul Husna berriadhah di Kompleks Belia Sukan Daerah Kuantan. Mereka pergi bersama walid (iaitu pengurus) yang kebetulan ke Kelab Gyimnasium Rakyat Kuantan. Anak-anak ini perlukan aktiviti riadhah agar mempunyai kecergasan fizikal seterusnya akan menjamin kecerdasan mental mereka. Insya Allah, di masa yang lai 5 orang lagi akan dibawa ke kompleks tersebut bagi tujuan riadhah.

Pemberian ChocoDates kepada Anak Yatim & Miskin

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang, pihak Baitul Husna dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia cawangan Pahang akan mengagihkan kurma coklat ( chocodates) kepada anak-anak yatim dan miskin di sekitar Kuantan. Kami anggarkan sekitar 300 orang anak-anak yang akan terlibat dalam pengagihan tersebut.

Sebelum pemberian chocodates tersebut, anak-anak akan diberikan tazkirah sempena Ramadhan oleh wakil kami. Antara perkara yang akan disampaikan dalam tazkirah tersebut ialah tentang kelebihan puasa, kelebihan bulan Ramadhan dan beberapa kelebihan melakukan amal kebajikan di bulan Ramadhan.

Kos bagi sekotak chocodates ialah RM 15.00 sekotak. Pihak kami perlu membeli 300 kotak chocodates selewat-lewatnya pada 30hb Julai. Majlis pemberian akan diadakan di sekolah yang terpilih pada 9hb dan 10hb Ogos 2010.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang dan menyertai majlis ini sila hubungi pihak Baitul Husna di talian 0162327061 atau 0199507423.

Diharap dengan pemberian ini akan mengembirakan anak yatim & miskin dengan kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

RENUNGAN

“Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu kebaikan bagimu. Jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 271)

‎"Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala." (Surah al- Nisa', ayat 10)

Tuesday, July 13, 2010

Bengkel Kemahiran Bahasa Inggeris

Mulai 17hb Julai 2010, bengkel kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris akan diadakan khas untuk anak-anak di Baitul Husna. Dalam bengkel ini mereka akan didedahkan dengan beberapa kemahiran ;

1) Penulisan
2) Komunikasi
3) Pengucapan awam
4) Kaedah penyebutan perkataan

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang guru lulusan daripada University of Miami, Corel Gables, Florida, USA. Beliau pernah mengajar di salah sebuah sekolah peringkat menengah di Florida. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam Psikologi Pendidikan.

Bengkel ini akan berjalan sehingga 3 bulan dengan kekerapan sekali seminggu iaitu pada hari Sabtu atau Ahad. Selepas bengkel ini anak-anak Baitul Husna akan menguasai kaedah-kaedah tersebut, Insya Allah.

Kos yang dikenakan hanya RM 50 untuk sebulan bagi setiap orang. Justeru, bagi sesiapa yang mahu menyumbangkan kos bengkel tersebut sila hubungi Pengurus Baitul Husna di talian 016-232 7061.

Sunday, July 11, 2010

KEMASUKKAN KE BAITUL HUSNA

Pihak kami masih lagi membuka tawaran kemasukkan ke Baitul Husna Bukit Sekilau. Sekiranya ada maklumat @mengetahui ada anak yatim atau fakir miskin yang memerlukan, sila berhubung dengan kami.

Syarat Kemasukkan:
1. Anak perempuan berumur 10 - 12 tahun.
2. Status anak yatim - piatu @ yatim (mati bapa atau ibu) miskin @ anak fakir - miskin.
3. Kesihatan yang baik.
4. Keluarga yang miskin.

Sekiranya ada maklumat berkaitan, sila berhubung dengan kami di talian 0199507423 @ 0162327061

Thursday, July 8, 2010

Pohon Sumbangan Kos Pendawaian Elektrik

Petang tadi pihak pengurusan telah meminta kontraktor pendawaian elektrik untuk membaiki sistem pendawaian yang ada kini di ruangan belajar dan ruangan solat. Sebanyak 12 unit kipas syiling perlu ditukar ganti beserta mengubah semula sistem pendawaian yang sedia ada kini. Tujuan mengubah semua sistem pendawaian adalah untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak Baitul Husna ketika sessi ulangkaji pelajaran kerana pendawaian sekarang telah rosak sebahagiannya. Jumlah keseluruhan kos pendawaian berserta kipas syiling ialah RM 3,660 sahaja.

Justeru, kami memohon kepada mana-mana individu yang ingin menyumbangkan kos pendawaian ini boleh menghubungi pihak kami iaitu Sdr.Hilmi di talian 016-2327061 untuk keterangan lanjut.

REZEKI DURIAN


Baru beberapa hari sebelum ini, anak - anak di Baitul Husna teringin untuk makan durian. Memandangkan kesibukkan masa yang terhad, tak sempat lagi untuk membeli Raja Buah tersebut kepada mereka. Tup - tup ada seorang hamba Allah, seorang peniaga muda menelefon untuk menyedekahkan sedikit sumbangan dan buah durian ke Baitul Husna. Semoga dimurahkan rezeki kepada beliau dan berjaya dalam perniagaannya.
 Itulah rezeki kurniaan Allah untuk anak - anak Baitul Husna.

Wednesday, July 7, 2010

Sekalung Penghargaan Kepada TurboServices Sdn Bhd

Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil pihak Turboservices Sdn.Bhd iaitu En. Raja Arifuddin kerana sudi melwat ke Baitul Husna bersama kakitangan Petronas Gas Berhad pada 29hb yang lalu. Mereka juga turut menyumbang sepasang pintu kayu untuk digantikan pintu yang sedia ada sekarang yang sudah reput.

Pihak kami amat berbesar hati dengan segala sumbangan yang dihulurkan termasuk seunit kipas untuk kegunaan di ruangan dapur. Kami mengharapkan agar pihak-pihak yang lain juga akan turut serta menyumbang agar segala amal jariah ini mendapat perhitungan yang soleh disisiNYA.

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS ILMIAH TAHFIZ 2010, ABIM KUANTAN

3hb Julai 2010 menjadi hari yang bersejarah kepada anak - anak Baitul Husna kerana pertama kali menyertai Majlis Ilmiah Tahfiz 2010, anjuran ABIM Kuantan. Anak -anak BH mewakili Tahfiz Husna dari Bukit Sekilau. Kesemua anak - anak ini tidak pernah menyertai acara seperti ini selama ini. Mereka sangat gembira kerana dapat bersilaturrahim sesama rakan lain dan merasai kemeriahan pertandingan. Peserta lain dari Tahfiz - tahfiz ABIM di Kuantan.
Anak - anak Baitul Husna juga tidak ketinggalan menyertai acara yang ada. Antaranya acara bercerita dan mewarna. Dua orang anak Baitul Husna memenangi tempat pertama dan ketiga, dalam acara Bercerita dan Mewarna.
Di masa hadapan, insya'allah anak - anak Baitul Husna akan dapat menyertai lebih banyak acara dan membawa pulang lebih banyak hadiah dan kemenangan.