MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Monday, April 25, 2011

MENERIMA PENGUNJUNG

Minggu lalu, Baitul Husna telah menerima beberapa kunjungan daripada pihak agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk menyaurkan sumbangan serta menganjurkan program bersama anak-anak yatim & miskin. Kesemua tetamu telah dilayan oleh Sdr Hilmi Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi Baitul Husna.

Kami bagi pihak Baitul Husna merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak yang berminat untuk mengimarahkan Baitul Husna dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang program yang berbentuk mendidik anak-anak Baitul Husna dan anak-anak yang sering terlibat dengan pihak kami.


Monday, April 11, 2011

MAJLIS BERSAMA TENGKU PUAN PAHANG

Program ini yang dihadiri oleh KDYM Tengku Puan Pahang. Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak Baitul Husna.

Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan baju daripada pihak IKIP yang disampaikan oleh Tengku Puan Pahang.

Anak-anak Baitul Husna beratur menanti Tengku Puan Pahang untuk bersalaman.

Bergambar kenangan dengan Master Chef Sabri. Seorang tokoh masakan yang mengadunkan ilmu masakan dengan nilai-nilai Islamik. Beliau bercadang untuk mengadakan majlis jamuan makan bersama anak-anak yatim di Kuantan.

Friday, April 1, 2011

AYAT RENUNGAN

FIRMAN  ALLAH  TA'ALA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 261, YANG BERMAKSUD ;

" PERUMPAMAAN ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTANYA DI  JALAN  ALLAH  SEPERTI,  

SEBUTIR  BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI, PADA SETIAP TANGKAI  ADA 

SERATUS BIJI.  ALLAH MELIPATGANDAKAN  BAGI  SIAPA  YANG DIKEHENDAKI , DAN  

ALLAH  MAHA LUAS  LAGI  MAHA MENGETAHUI".

Wednesday, March 30, 2011

SETAHUN BAITUL HUSNA BEROPERASI

Tanggal 21hb Mac lalu genaplah setahun Baitul Husna beroperasi. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang wang, tenaga, idea dan sebagainya sehingga Baitul Husna dapat beroperasi dengan jayanya.

Walaupun pada peringkat awalnya, operasi Baitul Husna tergendala selama hampir 3 tahun, dengan berkat serta keyakinan semua pihak, maka Baitul Husna dapat beroperasi dengan permulaan 10 orang penghuni. 

Sepanjang mengendalikan Baitul Husna, pelbagai pengalaman yang telah kami tempuhi. Semuanya dapat diharungi dengan baik berkat doa semua pihak yang menginginkan kewujudan Baitul Husna dapat direalisasikan.

Kami juga ingin merakamkan setinggi ucapan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagian Dato' Dr Abdul Razak Kecik yang pada awalnya sangat bersungguh dalam usaha penubuhan Baitul Husna. Beliaulah yang banyak memberi dorongan, semangat serta motivasi kepada kami dalam usaha merealisasikan Baitul Husna. Selain itu, penghargaan juga buat Yayasan Al-Khalifah yang telah banak membantu di awal operasi kami di Baitul Husna. Tanpa sokongan dana daripada Yayasan Al-Khalifah, sudah pasti operasi Baitul Husna akan terganggu.

Kami bertuah kerana telah ditemukan dengan warden muda yang bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Individu yang dimaksudkan ialah Sdri Noor Azren Abu Bakar. Beliau telah bersama Baitul Husna daripada mula operasi sehinggalah kini. Walaupun dua orang rakan baiknya telah menamatan khidmat di Baitul Husna, beliau masih lagi setia dalam usaha membangunkan usaha murni kami di Baitul Husna.Walau elaun yang diberikan tidak setinggi dengan kelulusan beliau, syukur pada Allah kerana telah memberikan beliau kesabaran dalam menjalankan tugas sebagai warden yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Sdr Hilmi Mohd Noor yang telah bertungkus lumus daripada awal penubuhan Baitul Husna sehinggalah sekarang. Semoga kesungguhan beliau mendapat keredhaan daripada Allah Ta'ala.

Pada bulan kedua operasi Baitul Husna, Sdr Hilmi telah dibantu oleh sahabatnya iaitu Sdr Norazlan Abdul Rahman. Banyak masa, tenaga dan wang telah Sdr Azlan berikan untuk Baitul Husna.Gandingan beliau dan Sdr Hilmi telah memudahkan lagi operasi Baitul Husna di peringkat permulaan.

Berikutnya individu yang turut bersusah payah ialah Tn Hj Alias Ibrahim yang kini dilantik sebagai Pengerusi JKP Baitul Husna. Walaupun beliau sibuk dengan urusan perkerjaan, beliau tetap tidak lupa untuk memastikan perjalanan operasi Baitul Husna berjalan dengan lancar.

Seterusnya tidak ketinggalan juga penghargaan buat adik-adik daripada PKPIM UIA Kuantan yang tidak jemu mengunjungi Baitul Husna bagi membantu adik-adik. Selain itu, ramai di kalangan pelajar UIA Kuantan yang banyak membantu kami pada permulaan sehinggalah kini.

Ramai lagi yang tidak sempat dinyatakan disini yang turut membantu serta menjayakan Baitul Husna. Walaupaun tidak dinyatakan nama mereka, kami amat-amat menghargai segala sumbangan serta jasa mereka.Hanya Allah Ta'ala jua yang mampu membalas segala amal soleh kalian semua.

Kami mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat. Kami turut mendoakan agar anak-anak di Baitul Husna akan menempa kejayaan di dunia dan akhirat kelak.


















 

Sunday, March 27, 2011

Keputusan Pertandingan Peringkat Negeri

Semalam, 26hb Mac 2011 seramai 8 orang anak-anak Baitul Husna menyertai pertandingan Tilawah Quran, Syarahan dan sajak peringkat negeri di antara rumah-rumah anak yatim seluruh negeri Pahang. Berikut adalah senarai anak-anak Baitul Husna yang menyertai pertandingan tersebut ;

1) Nasuha Bt Azmi          - Tilawah Quran
2) Siti Jamilah                  - Syarahan (Bahasa Melayu)
3) Nurul Fadhlin              - Syarahan ( Bahasa Inggeris)
4) Siti Khadijah               - Sajak
5) Wan Nur Fatihah        - Sajak
6) Nur Fatihah                - Sajak
7) Nur Nadia                 - Sajak
8) Nor Syakilla               - Sajak

Nasuha telah berjaya mendapat Johan dalam tilawah Quran bagi kategori Sekolah Rendah manakala Siti Jamilah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam syarahan. Kedua-dua mereka secara automatik berjaya mewakili negeri Pahang untuk ke pertandingan peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan pada bulan Jun.

Sekalung tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dan yang telah  menyertai pertandingan tersebut.Semoga di masa akan datang, anak-anak Baitul Husna akan berjaya menjadi johan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Terima kasih juga kepada para pengunjung blog ini yang turut mendoakan kejayaan anak-anak tersebut. Seluruh warga Baitul Husna ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua orang jurulatih yang membantu anak-anak ini semasa sessi latihan. Mereka yang terlibat ialah En Ahmad Benzin selaku sukarelawan di Baitul Husna dan Sdr Hilmi iaitu Timbalan Pengerusi JKP Baitul Husna.

Pihak PEKAYA ( Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Pahang) telah mengamanahkan kepada Sdr Hilmi sebagai urusetia semasa pertandingan tersebut. Ini adalah suatu penghargaan buat Baitul Husna kerana tenaga daripada Baitul Husna dapat disumbangkan kepada pihak PEKAYA untuk aktiviti pembangunan anak yatim & miskin.

Semoga Allah Ta'ala meredhai segala usaha baik kita untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.Mudah-mudahan usaha ini termasuk dalam kerja-kerja soleh.

Thursday, March 24, 2011

LATIHAN PERTANDINGAN

Kini anak-anak Baitul Husna sedang giat berlatih untuk menyertai pertandingan syarahan, tilawah dan sajak. Pertandingan ini melibatkan rumah-rumah anak yatim di seluruh negeri Pahang. Peringkat saringan akan diadakan di Masjid Negeri pada 26hb Mac 2011 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semoga semua yang menyertai pertandingan tersebut dapat melakukan yang terbaik. Jika berjaya mereka akan terpilih ke peringkat seterusnya untuk pemilihan ke peringkat Kebangsaan.

Sunday, February 13, 2011

SUMBANGAN JAMNAPARI ( KAMBING)

Hari Jumaat yang lalu, seorang hamba Allah dari kawasan Beserah telah menyumbangkan seekor kambing jamnapari kepada Baitul Husna. Beliau yang bertugas di Qatar akan berlepas ke sana pada hari Isnin ini. (14hb Feb 2011). Justeru, beliau berniat untuk memberi makan kepada anak-anak yatim dan mereka yang miskin.

Pihak Baitul Husna amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan telah meminta sebuah restoran Jawaher iaitu restoran makanan Arab yang terletak di Sungai Isap Jaya untuk menyediakan nasi Arab berlaukkan kambing tersebut. Keizinan Allah Ta'ala telah merealisasikan hasrat En. Rosli untuk memberi makan kepada mereka semua. 

Sebanyak 52 bungkus telah dipekkan dan kemudiannya diagihkan kepada anak-anak Baitul Husna, anak-anak Rumah Nur Iman dan perumahan PPRT di Panching Timur. Tugasan agihan dilaksanakan oleh Sdr.Hilmi dan Abg Man Taliban selepas solat maghrib.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa meminta agar anak-anak yang menerima sumbangan dan penerima sumbangan mendoakan keampunan daripada Allah Ta'ala untuk penyumbang serta dipermudahkan segala urusan perkerjaan. Hanya doa yang mampu dibalas kepada para dermawan yang menyumbang melalui Baitul Husna.