MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Wednesday, June 30, 2010

TERIMA KASIH KEPADA PETRONAS & KONTRAKTORNYA.

Tanggal 29hb Jun 2010, pihak Baitul Husna menerima kunjungan hormat dari petugas Petronas dan kontraktornya. Mereka juga meraikan anak yatim & miskin di Baitul Husna. Sumbangan mereka, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik.
Sessi penerangan dan ucapan di Baitul Husna Bukit Sekilau.

Sunday, June 27, 2010

SABTU BERSAMA MAAHAD SULTAN AHMAD SYAH, JENGKA

Hari Sabtu tanggal 26hb Jun, menjadi sejarah yang tidak dilupakan bagi penghuni Baitul Husna Bukit Sekilau. Seramai 25 pelajar dari Maahad Sultan Ahmad Syah, Jengka membuat lawatan dan berprogram bersama anak - anak Baitul Husna. Hampir seharian mereka di Baitul Husna.
Tahniah kepada guru dan pelajar Maahad. Hanya ucapan Terima Kasih yang mampu kami katakan.

Sunday, June 6, 2010

PERTEMUAN BERSAMA IBU @ BAPA

5hb Jun 2010, tercatit satu pengalaman baru di Baitul Husna. Sempena pengambilan pelajar sebelum cuti sekolah ini, pihak Baitul Husna mengadakan pertemuan bersama ibu @ bapa anak - anak.
Inilah program pertama, pengurusan Baitul Husna bertemu dengan ibu @ bapa anak - anak.
Perbincangan dan penerangan sebenar, dasar dan visi Baitul Husna dibentangkan.
Moga pertemuan dan perbincangan seperti ini dapat terus diadakan setiap bulan, itulah harapan dan perancangan kami.