MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Tuesday, February 23, 2010

sambungan ke 2

Sambungan…..

19 perkara untuk diiktiraf sebagai muslim yang mempunyai aqidah yang benar ;

2) Yakin dan beriman tentang penciptaan Allah Ta’ala mempunyai tujuan serta matlamatnya.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud ; “ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main(sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah Raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia,Tuhan ( yang mempunyai) arasy yang mulia”. ( Al-Mukminun : 115-116)

Berdasarkan ayat diatas amat jelaslah bahawa, Allah Ta’ala tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau matlamat atau hanya main-main sahaja. Justeru, kita perlu menyakini dan beriman bahawa segala penciptaan Allah ini mempunyai tujuan serta sebab-sebabnya kerana mustahil bagi sifat Allah yang Maha Sempurna ini menciptakan alam ini dengan sia-sia belaka.

Allah Ta’ala telah mengutuskan RasulNya melalui wahyu untuk menerangkan segala tujuan penciptaanNya kepada umat manusia.Setiap utusan Allah membawa mesej yang sama kepada umat manusia cuma hanya manusia yang sombong yang mendustakan para rasul Allah. Maka nantilah diyaumul hisab kelak buat manusia yang degil lagi sombong.

3) Yakin dan beriman bahawa Allah Ta’ala menurunkan para rasulNya berserta wahyu.

Perkara ini perlulah disemat dalam sanubari kita bahawa setiap rasul yang diutus oleh Allah Ta’ala ada membawa risalah yang mengajarkan manusia tentang makrifatullah (mengenal ALLAH) dan menjelaskan tentang matlamat kewujudan di dunia serta pengakhiran kehidupan ini. Ini bermakna semua para rasul telah membawa mesej yang sama sejak dahulu lagi sehinggalah Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Mukjizat Rasulullah SAW ialah al-Quran yang sehingga ke hari ini masih dipelihara oleh Allah Rabbul Jalil.

Dalam perkara ini amat bertepatan dengan firman Allah Ta’ala iaitu; “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk meyerukan); sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut itu.Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”.( AN-Nahl: 36)

Bagi umat akhir zaman ini sedarlah bahawa kita sentiasa dikelilingi oleh taghut-taghut moden yang sering melekakan kita daripada matlamat asal sebanar kewujudan manusia di muka bumi ini. Janganlah kita terus terpedaya dengan hasutan syaitan yang sentiasa menginginkan kita berada di jalan yang sesat serta jauh daripada jalan menuju kebenaran terhadap Illahi.

Saturday, February 20, 2010

APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?

A) Mestilah Islam di sudut Aqidah

Hanya Islam sahaja yg meletakkan sifat Tuhan pada tempatnya. Tidak mereka-reka sebarang ideologi ataupun fahaman tentang Tuhan.Dalam ilmu tauhid Islam, Allah adalah Tuhan Sekalian Alam yang memiliki segala-segala di atas dunia dan alam lainnya. Aqidah merupakan persoalan yang amat penting dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang songsang dalam beraqidah, akan menghadapi kesukaran di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada aqidah yg songsang.

Disini suka untuk saya kongsikan dengan para pengunjung blog ini tentang persoalan aqidah seorang Muslim. Terdapat 19 perkara yang perlu diperhatikan dan direnungi sedalam-dalamnya. 19 perkara tersebut ialah ;

1) Mengimani & menyakini bahawa ALLAH adaah pencipta alam ini yang memiliki segala kebijaksanaan serta Maha mengetahui. Segala keindahan yang kita lihat disekeliling kita ini adalah bukti daripada penciptaan Allah Ta'ala. Firman Allah ;

" Sekiranya ada di langit dan dibumi tuhan-tuhan selain ALLAH tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai arasy daripada apa yg mereka sifatkan". ( Al-Anbiyaa': 22)

bersambung

Thursday, February 18, 2010

Mula Operasi

InsyaALLAH, Baitul Husna Bukit Sekilau akan mula beroperasi dengan penghuni seramai 5 orang dahulu selepas cuti penggal pada bulan Mac 2010. Justeru, kepada sesiapa yang masih ada maklumat anak yatim sila hubungi pihak kami bagi proses pengambilan.