MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Tuesday, August 31, 2010

Program Hari Raya

Pihak kami mengalu-alukan sebarang program Hari Raya untuk anak-anak Baitul Husna. Pihak kami hanya boleh memenuhi undangan hanya pada hari Sabtu dan Ahad atau majlis yang diadakan di Baitul Husna. Sebagai maklumat tambahan, anak-anak Baitul Husna akan menduduki UPSR pada 22hb hingga 24hb September. Oleh yang demikian tarikh 18hb dan 19hb tidak dapat diadakan kerana ingin memberi ruang  untuk anak-anak tersebut membuat persediaan yang terakhir. Hanya tarikh selepas UPSR akan diterima untuk sebarang program Hari Raya.

Sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus iaitu Sdr.Hilmi (0162327061) atau Sdr.Azlan (019-9507423) atau Sdr Mahadi (013-4897703).

Sumbangan Sempena Ramadhan

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada Baitul Husna. Sumbangan yang kami terima terdiri daripada barangan makanan, pakaiaan untuk anak-anak, wang ringgit  dan juga sokongan moral. Kami sentiasa mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah Ta'ala dan dipermudahkan segala urusan di dunia  & akhirat.

Para pengunjung blog juga boleh mengikuti aktiviti kami melalui facebook.

Tuesday, August 24, 2010

Iftar Anjuran Kelab Belia Nadi Kota

Sebuah kelab belia yang dikenali sebagai Kelab Belia Nadi Kota Bandar Kuantan telah menganjurkan majlis iftar dengan kerjasama Baitul Husna di Restoren Jawaher, Sg,Isap Jaya pada 23hb Ogos 2010. Seramai 10 orang anak yatim dan miskin telah dijemput. Kesemua mereka menetap di sekitar perkampungan Permatang Badak dan mendapat bantuan daripada pihak Baitul Husna. Walaupun anak-anak tersebut tidak menetap di Baitul Husna, mereka tetap disantuni mengikut keupayaan kami.

Justeru, kami berharap lebih ramai lagi yang akan menyumbang kepada kami agar dapat pihak kami menyantuni lebih ramai anak-anak yang terdiri daripada golongan yatim & miskin. 

Monday, August 23, 2010

Rezeki Raya Buat Anak Yatim & Miskin

Syukur ke hadrat Allah Ta'ala, pagi ini sesudah solat subuh di masjid, Pengurus Baitul Husna telah menerima wang zakat untuk disalurkan kepada anak-anak fakir miskin (termasuk anak yatim). Wang tersebut akan digunakan untuk pembelian baju raya  kepada mereka yang berjumlah seramai 30 orang daripada perkampungan Permatang Badak.

Senarai anak-anak tersebut diperolehi daripada sumber Sekolah Kebangsaan Permatang Badak. Berdasarkan maklumat tersebut, seramai 100 orang anak yatim dan miskin telah menerima baju raya manakala jumlah 30 orang lagi masih belum menerima sebarang sumbangan raya.

Berkat usaha mempromosikan sumbangan untuk anak yatim dan miskin, Pengurus Baitul Husna telah menerima sumbangan tersebut agar dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Mudah-mudahan anak-anak tersebut akan gembira dengan pemberian ini.

Kami berharap agar ramai lagi para penyumbang dapat menyumbang kepada pihak kami untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Yakinilah bahawa segala usaha menggembirakan anak yatim & miskin  akan mendapat kegembiraan daripada Allah Ta'ala.

Baju Raya untuk anak yatim & miskin

Pada hari Sabtu lalu, sebuah syarikay swasta telah sudi menyumbangkan baju raya kepada anak yatim dan miskin. Kesemua yang terlibat seramai 17 orang yang telah dibawa membeli belah di Kamdar. Terserlah sekali wajah kegembiraan di muka anak-anak tersebut setelah menerima sumbangan.

Semoga Allah merahmati para penyumbang yang berbesar hati untuk menyumbangkan baju raya tersebut. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja untuk kami membantu seramai mungkin terutamanya di bulan yang mulia ini.

Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa baik kalian para penyumbang. Pihak Baitul Husna hanya menjalankan tugas mengagihkan kepada mereka yang memerlukan.Segala pertanyaan sila hubungi Pengurus, Sdr Hilmi 0162327061.

Friday, August 20, 2010

Senarai Majlis Iftar Terkini

Berikut adalah senarai terkini majlis iftar yang melibatkan anak-anak di Baitul Husna ;

1) 20hb Ogos Bersama CIMB di Hotel Vistana, Kuantan

2) 21hb Ogos Bersama para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Baitul Husna

3) 24hb Ogos Bersama pihak ABIM & Wadah negeri Pahang di Baitul Husna

4) 25hb Ogos Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Bt 5 Jalan Gambang

5) 26hb Ogos Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Kuantan di Baitul Husna

6) 27hb Ogos anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

7) 28hb Ogos para pelajar Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (Kipsas) di Baitul Husna

8) 4hb Sept di hadapan perkarangan pejabat 7Eleven Indera Mahkota

Hanya ada beberapa hari sahaja yang masih kosong. Pada sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus untuk majlis iftar bersama anak-anak Baitul Husna. Anak-anak Baitul Husna akan pulang ke kampung pada 5hb September.

Sesiapa yang berminat untuk menganjurkan program bersama anak-anak Baitul Husna dialu-alukan sebelum tarikh mereka pulang ke kampung.

Majlis Iftar Turut dihadiri anak Yatim Dan Miskin sekitar Bukit Sekilau


Di majlis iftar bersama Dewanita, pihak Baitul Husna telah menjemput seramai 64 orang anak yatim dan miskin sekitar Bukit Sekilau. Hanya 25 orang sahaja yang hadir. Setiap daripada mereka menerima sumbangan bernetuk wang tunai dan   barangan makanan.

Pihak Baitul Husna amat prihatin terhadap kesusahan anak-anak yatim dan miskin yang tidak berpeluang menetap di Baitul Husna. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menggembirakan anak-anak tersebut di bulan yang penuh barakah ini.

Kami merayu kepada semua pihak agar dapat menghulurkan sumbangan kepada pihak kami agar dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Nasyid di Majlis Iftar Anjuran Dewanita Caw Pahang


Anak-anak Baitul Husna yang sedang membuat persembahan sempena majlis iftar anjuran Dewanita Pahang di Baitul Husna pada 14hb Ogos lalu. Ini adalah majlis iftar yang pertama di Baitul Husna.

Tuesday, August 17, 2010

Sekalung Penghargaan Kepada Pihak Yang Terlibat

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak Baitul Husna. Semoga usaha kalian semua dalam membela golongan yatim dan miskin berterusan walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.

Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada Baitul Husna untuk manfaat anak-anak di sini. Hanya Allah jua yang layak membalas jasa kalian semua.

Saturday, August 14, 2010

Sekitar Pemberian Chocodate


Penyampaian oleh SU ABIM Negeri Pahang Sdr Mahadi Deraman. Lokasi di SK Tg Lumpur..Seramai 110 orang menerima daripada pihak Baitul Husna. Terima kasih kepada penyumbang.

Thursday, August 12, 2010

Majlis Penyampaian Chocodate

Pihak kami telah berjaya manyampaikan sumbangan chocodate tersebut kepada semua pelajar yang layak menerima yang terdiri daripada anak yatim & fakir miskin. Berikut adalah butiran program ;

1) SK Bukit Sekilau ( 9hb Ogos) disampaikan oleh YDP PIBG SK Bukit Sekilau Tn Hj Emir Sham. Turut hadir Guru Besar Tn Haji Saudi.

2) SK Tg.Lumpur (10hb Ogos) disampaikan oleh SU ABIM Pahang Sdr Mahadi Deraman. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Benzin, pendakwah daripada Masjid Permatang Badak. Turut hadir Guru Besar En. Azmi Yusof.

3) SK Permatang Badak (11hb Ogos) Sdr Ahmad Damanhuri selaku YDP ABIM Daerah Kuantan menyampaikan tazkirah dan menyampaikan chocodate kepada anak-anak yatim & miskin.

Majlis Penyampaian Chocodate


(Atas)Inilah rupa bungkusan chocodate. Sebagai makluman, chocodate ini dikilangkan di Dubai dan di import oleh sebuah syarikat pembekal kurma di negara kita.
(Bawah) Pengurus Baitul Husna sedang menyusun chocodate di SK Bukit Sekilau pada 9hb Ogos lalu.

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang penderma yang telah menyumbangkan chocodate untuk diagihkan kepada 300 orang anak yatim dan miskin. Tiga buah sekolah yang terlibat iaitu SK Bukit Sekilau, SK Tg.Lumpur dan SK Permatang Badak.

Pihak kami merayu kepada orang ramai, agar dapat menyumbangkan kepada kami apa sahaja bentuk sumbangan untuk kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Pihak kami hanya menguruskan urusan pengagihan dan urusan menerima sumbangan.

Semoga usaha kecil ini dapat menggembirakan mereka yang tidak berkemampuan. Hanya Allah jua yang berhak memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat dalam sumbangan tersebut.