MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Sunday, January 30, 2011

Kempen Sumbangan Berterusan

Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Muhammad SAW juga kepada para ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud ;

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan " 
( Surah al-Baqarah :245)

"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."
( Surah al-Baqarah : 215)

Pihak Baitul Husna kini sedang membiayai 11 orang anak-anak yatim dan miskin yang berumur 10 tahun hingga 13 tahun. Insya Allah, kami akan menambahkan jumlah penghuni lagi 7 orang bagi memenuhi kapasiti maksimum seramai 18 orang.Justeru, perbelanjaan bulanan kami bakal bertambah bagi menampung kos tersebut.Oleh yang demikian kami kini melancarkan kempen sumbangan berterusan iaitu sumbangan secara tetap selama 1 tahun atau 2 tahun atau 3 tahun. 

Jumlah sumbangan yang boleh disumbangkan dari RM 10, RM 20, RM 30, RM 50, RM 100, RM 200 , RM 500 atau jumlah yang lebih daripada itu.Semua sumbangan boleh disalurkan melalui tiga kaedah iaitu didebitkan langsung ke akaun BIMB, Baitul Husna , melalui cek dan melalui wang pos atau kiriman wang. Kesemua sumbangan mestilah atas nama Baitul Husna Bukit Sekilau.

Para pengunjung blog ini boleh memanjangkan perkara ini kepada seramai mungkin kenalan anda. Mudah-mudahan dengan usaha yang bersepadu daripada semua pihak bakal membantu pihak kami menampung kos seperi yang dinyatakan di atas.

Segala pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi Sdr.Hilmi Mohd Noor di talian 016-2327061, 014-5078850, 014-6080510 atau 016-9332779. Pihak tuan/puan juga boleh menghantar sms kepada pihak kami melalui nombor-nombor yang diberikan.

Semoga Allah Ta'ala mengolongkan usaha kita ini sebagai amal soleh tanda syukur kita kepada Allah Ta'ala di atas muka bumi ini.

Saturday, January 29, 2011

Gambar Kembara TLS Ke Baitul Husna








Gambar-gambar di atas adalah gotong royong daripada pihak TLS. GM TLS iaitu En.Kamaruddin turut serta.

Kembara TLS ke Baitul Husna

Tanggal 22hb Januari lalu, pihak kami telah menerima rombongan seramai 100 oarang daripada Total Logistic Services (TLS). Rombongan tersebut turut dihadiri oleh General Manager TLS iaitu En.Kamarudin Bin Mohd Noor. Pihak TLS telah menyumbangkan seunit buaian, 2 unit bangku serta meja batu dan pokok-pokok bagi tujuan lanskap. Program tersebut diketuai oleh Sdr Izaruddin Bin Abdul Halim.

Rombongan tersebut telah memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan sekolah dan majalah kepada semua penghuni Baitul Husna dan anak-anak yatim yang menetap di luar Baitul Husna. Mereka juga berbesar hati untuk meraikan hari kelahiran tiga orang anak-anak Baitul Husna iaitu Nasuha, Wan Nur & Jamilah. Pada majlis tersebut hanya Jamilah seorang sahaja yang tidak bersama kerana ke sekolah.


Saturday, January 8, 2011

Masih Ramai Yang Memerlukan

Semalan selepas kuliah di Masjid Bukit Rangin, saya sempat berbual-bual dengan salah seorang jemaah. Sepanjang perbualan saya dengan beliau, masih ramai lagi insan atau individu yang memerlukan bantuan. Walaupun saya dan teman-teman telah berjaya mengusahakan Baitul Husna, sebenarnya di luar sana amat ramai mereka-mereka yang memerlukan bantuan tetapi kelompok ini tidak pula meminta-minta ke sana dan ke sini.

Justeru, program membantu anak yatim dan miskin luar adalah aktiviti sampingan kami. Kami berusaha mengenal pasti  sesiapa sahaja dilaporkan berada dalam kesusahan. Usaha membantu bagi meringankan bebanan dalam tangungjawab bersama terutamanya bagi mereka yang berkemampuan.

Pengalaman kami setelah menyampaikan bantuan baju sekolah, ternyata keceriaan di wajah para ibubapa dan penjaga. Kami amat terharu dengan keceriaan mereka dan berazam untuk mencari seramai mungkin penyumbang untuk membantu lebih ramai lagi.

Semoga Allah Ta'ala menghitung amal soleh kita semua.

Nukilan  : HILMI MOHD NOOR ( Timb.Pengerusi JKP Baitul Husna)

Thursday, January 6, 2011

KEMPEN BAJU SEKOLAH 2011

Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang untuk kempen pakaian sekolah bagi sessi 2011. Pihak kami telah menerima sumbangan yang membolehkan seramai 140 orang penerima mendapatkan pakaian secara percuma hasil sumbangan tersebut.

Kesemua mereka adalah terdiri daripada golongan anak yatim dan miskin yang tidak menetap di mana-mana rumah anak yatim atau asrama kebajikan. Pihak kami berharap dengan usaha yang kecil ini dapat meenggembirakan semua penerima.

Segala urusan pembelian diuruskan oleh pihak sekolah serta tiada majlis penyampian secara rasmi oleh pihak kami. Justeru, tiada gambar yang dapat dipaparkan di dalam blog ini.

Pihak kami telah memilih 2 buah pasar raya yang berhampiran dengan penerima iaitu Mydin Wholeseller Sdn Bhd dan Terus Maju Sdn Bhd. Pihak kami memberikan kupon kepada setiap penerima untuk ditukarkan di di pasar raya terbabit.

Semoga lebih ramai lagi akan menyumbang untuk kempen yang lain pada masa akan datang.

Keadaan dalaman yang baharu.

Keadaan dalaman Baitul Husna yang baharu hasil sumbangan daripada pihak Petronas Gas Berhad.



Kenangan 2010 Anak-Anak Baitul Husna

Gambar sempena hari lahir anak-anak Baitul Husna.

Gambar Kenangan sebelum cuti sekolah

Blog Baitul Husna

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini masih beroperasi secara sah untuk sebarang informasi dan perkembangan di Baitul Husna. Walaupun begitu, blog ( baitulhusnabukitsekilau.blogspot.com) masih boleh dikunjungi oleh para pengunjung.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pengendali blog ini iaitu Sdr Hilmi.

Segala perhatian para pengunjung amatlah dihargai.