Tanggal 29/5/2010, Shell Marketing telah mengadakan Family Day bersama anak - anak Baitul Husna. Kumpulan lelaki melakukan kerja - kerja pengecatan dorm asrama. Sementara kumpulan perempuan bersama anak - anak mengadakan permainan bersama anak - anak Baitul Husna.
Sungguh meriah dan amat bermanfaat bagi penghuni Baitul Husna.
Terima kasih tidak terhingga kepada Kumpulan Shell Marketing, di atas sumbangan, dan sanggup mengadakan program Family Day di Baitul Husna.
BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
Sunday, May 30, 2010
Friday, May 21, 2010
Gotong royong dari PKAADK Kuantan
Seramai 11 orang daripada Pusat Khidmat AADK Daerah Kuantan telah menyertai program gotong royong di Baitul Husna. Turut serta ialah Ketua Pegawai AADK Daerah Kuantan iaitu Tuan Harun bersama 5 orang anak buahnya.
Pihak Baitul Husna merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Harun serta semua yang terlibat. Mudah-mudahan Allah Ta'ala membalas jasa budi tersebut.
Sebelum gotong royong, Pengurus Baitul Husna, Sdr Hilmi menyampaikan tazkirah kepada para peserta program. Tazkirah berkisar tentang tanggungjawab masa yang Allah Ta'ala berikan kepada manusia.
Semoga yang memberi dan yang mendengar tazkirah mendapat menfaat bersama.

Wednesday, May 19, 2010
PROGRAM ANAK - ANAK DI BAITUL HUSNA
Hari Biasa
Pagi: Sekolah
Petang: Tahfiz
Petang: Bersukan
Malam: Maghrib dan Isya' Berjemaah, Pengisian & Tazkirah, Ulangkaji Pelajaran
Hari Cuti
Motivasi @ Gotong Royong
Pagi: Sekolah
Petang: Tahfiz
Petang: Bersukan
Malam: Maghrib dan Isya' Berjemaah, Pengisian & Tazkirah, Ulangkaji Pelajaran
Hari Cuti
Motivasi @ Gotong Royong
Sunday, May 16, 2010
Mohon Sumbangan Biaya Pintu Besi
Atas beberapa faktor keselamatan anak-anak Baitul Husna, pihak AJK Pengelola memutuskan untuk disegerakan pemasangan pintu besi (grill) di empat pintu utama Baitul Husna. Maka pada hari Jumaat lalu, tukang besi telah menyiapkan pintu besi tersebut dan memasangnya pada hari Sabtu lalu (15hbhb Mei).
Kos keseluruhan RM 1,700.00. Walaubagaimana pun tukang tersebut telah memberikan diskaun untuk Baitul Husna dan kos yang perlu dibayar ialah RM 1,000 sahaja.
Justeru, kami memohon jasa baik penderma yang budiman agar dapat menyumbangkan kos pemasangan tersebut. Segala pertanyaan sila hubungi Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi di talian 0162327061.

Projek Menyantuni Anak Yatim, fakir & Miskin
Selain menempatkan anak-anak di Baitul Husna, kami juga akan memulakan projek menyantuni anak-anak yang terdiri daripada golongan yatim, fakir & miskin.. Anak-anak tersebut tidak menetap di Baitul Husna tetapi akan mengikuti program yang di rancangkan oleh pihak Baitul Husna. Projek ini akan dikendalikan pihak Baitul Husna berserta pihak Islamic Outreach ABIM (IOA). Beberapa program yang bakal diperkenalkan kepada mereka seperti ;
1) Funs with Maths & Science
2) Mengenal potensi diri
3) How to use English
4) How to manage Our Time
InsyaAllah, hujung bulan ini akan disenaraikan anak-anak yang akan mengikuti program ini.Dianggarkan sekitar 20 orang yang akan dipilih sebagai projek perintis..
Justeru, bagi sesiapa yang ingin menyumbang, samada daripada segi kewangan, kepakaran atau tenaga sila daftarkan nama anda melalui email baitulhusnabktskl@gmail.com..Sila nyatakan Nama Penuh, Alamat, Jenis Sumbangan & No.Tel.
Pihak kami juga berharap kepada sesiapa yang berminat agar mempromosikan blog kami ini agar lebih ramai lagi yang akan mengikuti perkembangan Baitul Husna.

Friday, May 14, 2010
PROGRAM PENGISIAN SUKARELAWAN DI BAITUL HUSNA
Setiap hari anak - anak di Baitul Husna akan mengikuti bimbingan. Pengisian ini diisi oleh para sukarelawan antara waktu solat Maghrib dan Isya'. Jadualnya adalah seperti di bawah,
Isnin: ABIM Pahang
Selasa: Helwa ABIM Pahang
Rabu: Pengurusan Baitul Husna
Khamis: Bacaan Yassin
Jumaat, Sabtu & Ahad: Pengurusan Baitul Husna & Pelajar UIA
Kami masih memerlukan para sukarelawan terutamanya untuk mengajar anak - anak tuisyen @ bimbingan bagi mata pelajaran sekolah. Terutamanya kepada pelajar yang akan mengambil UPSR tahun ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)