Selain menempatkan anak-anak di Baitul Husna, kami juga akan memulakan projek menyantuni anak-anak yang terdiri daripada golongan yatim, fakir & miskin.. Anak-anak tersebut tidak menetap di Baitul Husna tetapi akan mengikuti program yang di rancangkan oleh pihak Baitul Husna. Projek ini akan dikendalikan pihak Baitul Husna berserta pihak Islamic Outreach ABIM (IOA). Beberapa program yang bakal diperkenalkan kepada mereka seperti ;
1) Funs with Maths & Science
2) Mengenal potensi diri
3) How to use English
4) How to manage Our Time
InsyaAllah, hujung bulan ini akan disenaraikan anak-anak yang akan mengikuti program ini.Dianggarkan sekitar 20 orang yang akan dipilih sebagai projek perintis..
Justeru, bagi sesiapa yang ingin menyumbang, samada daripada segi kewangan, kepakaran atau tenaga sila daftarkan nama anda melalui email baitulhusnabktskl@gmail.com..Sila nyatakan Nama Penuh, Alamat, Jenis Sumbangan & No.Tel.
Pihak kami juga berharap kepada sesiapa yang berminat agar mempromosikan blog kami ini agar lebih ramai lagi yang akan mengikuti perkembangan Baitul Husna.
BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment