MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Solat Hajat Untuk UPSR

Semalam, 20hb Septenber 2010 bersamaan 11hb Syawal 1432, pihak Baitul Husna telah menganjurkan majlis solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki UPSR. Antara yang turut hadir sebagai tanda sokongan moral ialah saf kepimpinan ABIM Negeri Pahang, WADAH  Negeri Pahang, Masjid Saidina Ali Abi Talib, JKKK dan Ahli Lembaga Pengelola Buitul Husna.

Majlis jamuan telah disumbang oleh individu yang amat prihatin dengan Baitul Husna dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan Baitul Husna.

Kami mendoakan agar Allah Ta'ala mempermudahkan urusan anak-anak Baitul Husna dan anak-anak angkat Baitul Husna yang menduduki UPSR. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, September 14, 2010

Kembali Ke Baitul Husna

Syukur pada Allah Ta'ala, setelah bercuti selama 8 hari untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing, anak-anak Baitul Husna telah kembali ke Baitul Husna untuk meneruskan proses pengajian di SK Bukit Sekilau. Hari ini, SK Bukit Sekilau memulakan sessi persekolahan setelah cuti hari raya.

Terdapat 5 orang daripada mereka akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada 21hb Septemer ini. Kini kesemua mereka sedang sibuk untuk persiapan akhir bagi menempuhi peperiksaan tersebut. Segala program jamuan hari raya terpaksa ditangguhkan dan tidak dipenuhi bagi memberi ruang mereka membuat persiapan tersebut.

Monday, September 6, 2010

Anak-Anak Baitul Husna Pulang Beraya


Pada 5hb September, kesemua anak-anak Baitul Husna pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing. Sebelum pulang pihak Baitul Husna mengadakan perjumpaan dengan penjaga anak-anak Baitul Husna. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Norazlan iaitu Timb.Pengerusi J/K Pengelola Baitul Husna.













Pada majlis tersebut, Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi Mohd Noor telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada dua orang warden Baitul Husna iaitu Cik Nor Azreen dan Cik Ily Husna. Kedua-dua mereka telah mengorbankan usia muda untk berbakti kepada anak-anak Baitul Husna. Tugasan mereka merangkumi pelbagai iaitu memasak, membantu mengemas, mengajar, memantau aktiviti dan beberapa lagi tugasan lain.

Selain itu Sdr Hilmi memaklumkan kepada para penjaga tentang keadaan anak-anak mereka sepanjang 6 bulan di Baitul Husna. Secara keseluruhannya, anak-anak Baitul Husna ini berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut.  Beberapa perubahan juga dapat dilihat antaranya ;

1) Fokus ketika Belajar
2) Mampu membaca al-Quran
3) Bersopan santun
4) Memahami perkara asas Islam

Pihak Baitul Husna amat berbangga dengan perubahan tersebut dan mengharapkan agar anak-anak Baitul Husna akan lebih baik lagi ketika pulang setelah menyambut 1 Syawal. Kami juga berharap agar penjaga dapat memastikan disiplin anak-anak konsisten ketika berada di rumah masing-masing.


Kami mendoakan agar anak-anak Baitul Husna menyambut Hari Raya dengan penuh makna pada tahun ini dan semoa selamat kembali ke Baitul Husna pada 13hb September nanti.

Sunday, September 5, 2010

Ziarah Helwa Surau al-Muhajirin Indera Mahkota 5

Rombongan Helwa diketuai oleh Dato' Mahadiah Bt.Hj Mohamad berserta 15 orang  ahli Helwa surat tersebut.
Pihak kami amat berbesar hati menerima rombongan dengan walaupun hari ini adalah hari terakhir anak-anak Baitul Husna di Baitul Husna sebelum hari lebaran.

Kami berharap agar usaha murni ini dapat diikuti oleh individu yang lain dalam usaha menyantuni anak yatim dan fakir miskin.

Majlis Iftar di Masjid Saidina Ali Abin Talib

Majlis iftar tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan daripada beberapa pihak kepada 49 orang anak yatim dan miskin sekitar Bukit Sekilau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Tuan Haji Alias Ibrahim dan Pengurus Baitul Husna Sdr Hilmi Mohd Noor.

Sahur anak-anak Baitul Husna


Mulai bulan Ramadhan, kesemua anak-anak menjamu selera mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu makan bertalam. Setiap talam dikongsi 3 atau 4 orang. Hasil makan bertalam ini, mengeratkan lagi hubungan di kalangan mereka dan kasih sayang semakin erat. Mudah-mudahan kasih sayang di kalangan mereka ini berkekalan di dunia dan akhirat.

Semurni Kasih Ramadhan


Saturday, September 4, 2010

Program Iftar bersama Perpustakaan Negeri Pahang


Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan daripada pihak Perpustakaan Pahang.

Suasana ketika berbuka bersama perpustakaan pahang. Terpancar wajah kecereiaan di kalangan anak-anak Baitul Husna.

Semoga Allah Ta'ala memrahmati para penyumbang.

Iftar bersama Badan Kebajikan Staf & Sukan UMP

Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan daripada Badan Kebajikan Staf & Sukan UMP
Penasihat Baitul Husna yang juga Yang Dipertua ABIM Sdr Hisyamuddin menerima sumbangan bagi pihak Baitul Husna.

Sdr Norazlan iaitu Timb Pengerusi Lembaga Pengelola Baitul Husna menyampaikan ucapan aluan.
Beratur untuk mengambil hidangan

Gambar Kenangan bersama anak-anak Baitul Husna dan ahli kelab.

Majlis Iftar TNB


Gambar kenangan bersama anak-anak Baitul Husna.

Program Bersama Kelab Kebajikan & Sukan JBA Pahang


Suasana ketika program bersama Kelab Kebajikan & Sukan JBA Pahang di Baitul Husna.

Kami merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Kelab tersebut.