BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
Monday, September 6, 2010
Anak-Anak Baitul Husna Pulang Beraya
Pada 5hb September, kesemua anak-anak Baitul Husna pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing. Sebelum pulang pihak Baitul Husna mengadakan perjumpaan dengan penjaga anak-anak Baitul Husna. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Norazlan iaitu Timb.Pengerusi J/K Pengelola Baitul Husna.
Pada majlis tersebut, Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi Mohd Noor telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada dua orang warden Baitul Husna iaitu Cik Nor Azreen dan Cik Ily Husna. Kedua-dua mereka telah mengorbankan usia muda untk berbakti kepada anak-anak Baitul Husna. Tugasan mereka merangkumi pelbagai iaitu memasak, membantu mengemas, mengajar, memantau aktiviti dan beberapa lagi tugasan lain.
Selain itu Sdr Hilmi memaklumkan kepada para penjaga tentang keadaan anak-anak mereka sepanjang 6 bulan di Baitul Husna. Secara keseluruhannya, anak-anak Baitul Husna ini berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut. Beberapa perubahan juga dapat dilihat antaranya ;
1) Fokus ketika Belajar
2) Mampu membaca al-Quran
3) Bersopan santun
4) Memahami perkara asas Islam
Pihak Baitul Husna amat berbangga dengan perubahan tersebut dan mengharapkan agar anak-anak Baitul Husna akan lebih baik lagi ketika pulang setelah menyambut 1 Syawal. Kami juga berharap agar penjaga dapat memastikan disiplin anak-anak konsisten ketika berada di rumah masing-masing.
Kami mendoakan agar anak-anak Baitul Husna menyambut Hari Raya dengan penuh makna pada tahun ini dan semoa selamat kembali ke Baitul Husna pada 13hb September nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment