Majlis Tilawah Quran & Pertandingan Nasyid (MTQN) peringkat kebangsaan yang disertai oleh penghuni-penghuni rumah anak yatim & miskin seluruh negara telah berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai pada 6hb hingga 9hb Jun 2011. MTQN kali ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohamad Bin Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Seramai 3000 orang anak-anak yatim & miskin beserta pegawai pengiring telah menyertai majlis ini. Pengerusi Biro MTQN PEYATIM adalah pengasas Baitul Husna iaitu Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj.Kecik. Beliau bersama AJK penganjur MTQN telah berjaya menguruskan majlis tersebut dengan baik dan mendapat pujian daripada YAB Menteri Besar.
Seramai 2 orang anak Baitul Husna telah menyertai pertandingan dalam acara Tilawah Quran & Syarahan. Keputusan rasmi akan diumumkan pada malam ini di dalam majlis perasmian penutupan.
Sdr Hilmi Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi Baitul Husna telah hadir ke majlis tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap anak-anak yang masuk bertanding.
Insya Allah, gambar-gambar akan menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment