MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Wednesday, March 31, 2010

INSAN DERMAWAN

Semalam tanggal hari Selasa 30/03/2010. Allah ketemukan dengan bekas pensyarahku semasa di Matrikulasi. Alhamdulillah Allah telah memberi rezeki yang lebih untuk sekeluarga. Dan beliau begitu dermawan sekali.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan tak ternilai beliau.
"Ya Allah berkatilah dan limpah rezeki yang berlipat ganda buat beliau dan keluarga. Lindungi dan berilah keimanan, keselamatan, kebahagiaan dan rahmat kepada beliau dan keluarga. Engkaulah, Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Pemberi Balasan Terbaik'.

AKAUN BIMB, BAITUL HUSNA 06082010001642

Alhamdulillah, Allahu Akbar Allah Maha Besar, AKAUN Baitul Husna di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Segala sumbangan dan derma dapat disalurkan terus ke akaun Bank Islam (BIMB), Baitul Husna 06082010001642.
Segala sumbangan, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Monday, March 29, 2010

MULUT TEMPAYAN MAMPU DITUTUP, MULUT MANUSIA?

Tengahari, ada guru yang datang melawat Baitul Husna. Terperanjat kerana sang guru sedih kerana mendengar pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Setelah beliau melihat sendiri Baitul Husna, beliau mengakui itu hanya fitnah mainan manusia. Kesal beliau mendengar berita begitu.
Fitnah lahir dari lidah yang tidak bertulang. Kata bidalan orang dulu, Mulut tempayan mampu ditutup, mulut manusia .........Jadi janganlah hairan dan kecewa dengan kata - kata yang lahir dari lidah tak bertulang. Sikap semulajadi manusia akan mengkritik apa sahaja, menunjuk kepandaian diri. Yang penting bagi kami di Baitul Husna, memberi yang terbaik untuk anak - anak yang ada.Itulah keutamaannya. Bukan bertikam lidah nak menunjuk siapa yang lebih pandai.
Kami di sini sentiasa berdoa moga Allah terus memberikan kekuatan dan keyakinan yang teguh dalam membela insan lain.

Saturday, March 27, 2010

ANAK - ANAK BALIK RUMAH HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah, setelah 5 hari bermalam di Baitul Husna, anak - anak dibenarkan pulang bercuti untuk bersama keluarga mereka. Mungkin sebagai pelepas rindu. Pelbagai ragam dalam tempoh 5 hari ini. Adat anak - anak, kena banyak bersabar.
Tahniah buat Cik Azrin dan Cik Nisa' yang bertungkus lumus mengurus dan menjaga anak - anak ini 24 jam.
Dalam 5 hari ini, ramai yang datang memberi sokongan, dan yang pastinya ramai juga yang mencemuh dan mengomen. Itulah ragam manusia.
Inilah yang dikatakan jalan berliku dan mendaki. Bukannya jalan yang senang. Jalan senang ialah tidur di rumah.
Insya'allah, kami lembaga pengelola akan terus berusaha membaiki kelemahan.
Grill yang perlu dibaiki, wiring yang masih banyak kelemahan dan kelengkapan yang masih belum mencukupi. Hari sabtu ini kita rehat dulu.

Tuesday, March 23, 2010

KAMI SENTIASA MEMERLUKAN

Antara keperluan yang masih diharapkan,
1. Makanan basah dan kering - Beras, Telur, Ayam, Ikan dll
2. Peti Sejuk
3. Kipas
4. Peralatan Dapur - Tong Gas
5. Televisyen
6. Indoor Games - Karom, Chest dll

Sebaik - baiknya datang sendiri dan lihat apa yang boleh disumbang lagi.
Sukarelawan di alu - alukan, untuk pengajaran akademik dan membantu pelajar - pelajar.

Monday, March 22, 2010

LEMBAGA PENGELOLA BAITUL HUSNA

Penasihat/ Penaung: Dato' Dr. Abd. Razak Kechik

Pengerusi: Tuan Haji Alias

Timb. Pengerusi: Norazlan Abd. Rahman

Setiausaha: Hilmi Mohd Nor

Bendahari: Asma Rosni Abdullah

Jawatan - jawatan lain akan dimaklumkan kemudian.

21 MAC, 2010, HARI YANG BERSEJARAH

Tanggal 21/03/2010, adalah hari bersejarah kepada 8 orang anak - anak perempuan. Tanggal ini bermulalah tempat tinggal yang baru dan memulakan proses pengajian serta penjagaan yang lebih baik. Insya'allah.
Tahniah dan terima kasih tak terhingga buat adik - adik PKPIM - UIA yang sanggup bertungkus lumus membantu proses pendaftaran. Jasa kalian, hanya Allah yang mampu memberi ganjarannya.
Kepada para penyumbang, kakitangan, sahabat, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang membantu proses menjayakan Baitul Husna ini, didoakan diberikan kebaikkan untuk kalian.
Kami disini masih serba kekurangan, moga ada yang sudu terus memberi bantuan dan tunjuk ajar.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah berhubung dan datang terus ke,
Baitul Husna Bukit Sekilau
d/a Masjid Lama Bukit Sekilau
Kuantan, Pahang.

Saturday, March 20, 2010

MALAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Malam tadi, pengurusan Baitul Husna mengadakan majlis bacaan Yassin dan tazkirah sempena pembukaannya. Insya'allah, segala yang dirancang akan berjalan dengan baik.
Alhamdulillah jua, Dato' Dr. Razak, seharian menghabiskan masa di Baitul Husna. Memberi sedikit taklimat dan latihan kepada pengurusan dan pekerja. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan. Dan moga ini dikira sebagai satu amalan yang besar di akhirat kelak.
Terkesan dengan Tazkirah Dr Razak menghuraikan Surah Al Balad, Jalan manakah yang kita cari? Jalan yang senang atau jalan yang mendaki bukit? Dan yang pastinya dalam melakukan kerja - kerja dakwah, kerja kebaikkan tiada jalan yang senang. Jalan yang senang bermakna tidak membuat apa - apa pun. Tetapi jalan Allah ialah jalan yang berliku - liku, penuh dengan kesusahan. Tetapi yakinlah kesusahan ini kita serahkan kepada Maha Pencipta, nescaya ada jalan keluarnya. Di dalam membuat kebaikkan, pasti ada halangan. Nasihat beliau tempuhi dan hadapi halangan dan bukannya lari serta tidak berbuat apa - apa.
Kebaikkan kepada anak yatim menghampirkan kita kepada Rasulullah s.a.w. Ganjarannya besar di sisi Allah.
Dan yang pasti, jika kita berbuat kebaikkan, bukan sahaja kepada diri sendiri. Tetapi mendatangkan kebaikkan kepada ramai orang. Rahmat kebaikkan kepada penduduk setempat, kepada orang terdahulu yang mewakafkan tempat, orang terdahulu yang mewakafkan tanah. Itulah nilai kebaikkan yang tidak pernah habis dan rahmat kepada semua orang.
Selagi mampu berbuatlah sedekah samada dari wang ringgit, tenaga, masa dan apa sahaja yang boleh.
Dan akhirnya moga Allah menerima dan memudahkan segala urusan.

Thursday, March 18, 2010

MASIH INGIN BERSEDEKAH?

Insya'allah, rumah Baitul Husna Bukit Sekilau akan beroperasi pada 21hb Mac 2010, tarikh kemasukkan pelajar. Dijangkakan 11 pelajar yang telah berdaftar akan memasuki Baitul Husna.
Masih ada lagi sedikit kelengkapan yang belum selesai. Kami dengan rendah hati memohon kepada pihak yang berminat untuk menyumbang, Sila hubungi Saudara Hilmi (0162327061) @ Saudara Azlan (0199507423).
Antara barangan keperluan yang amat - amat diperlukan adalah:
1. Peti Sejuk-Beku
2. Kelengkapan peralatan sekolah
3. Peralatan pribadi untuk kanak - kanak

Buat masa ini kami hanya menerima sumbangan dalam bentuk barangan sahaja. Wang Tunai tidak diterima lagi.
Untuk melihat sendiri, sila datang ke Baitul Husna Bukit Sekilau, (Masjid Lama Bukit Sekilau).