Syukur ke hadrat Allah Ta'ala, pagi ini sesudah solat subuh di masjid, Pengurus Baitul Husna telah menerima wang zakat untuk disalurkan kepada anak-anak fakir miskin (termasuk anak yatim). Wang tersebut akan digunakan untuk pembelian baju raya kepada mereka yang berjumlah seramai 30 orang daripada perkampungan Permatang Badak.
Senarai anak-anak tersebut diperolehi daripada sumber Sekolah Kebangsaan Permatang Badak. Berdasarkan maklumat tersebut, seramai 100 orang anak yatim dan miskin telah menerima baju raya manakala jumlah 30 orang lagi masih belum menerima sebarang sumbangan raya.
Berkat usaha mempromosikan sumbangan untuk anak yatim dan miskin, Pengurus Baitul Husna telah menerima sumbangan tersebut agar dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Mudah-mudahan anak-anak tersebut akan gembira dengan pemberian ini.
Kami berharap agar ramai lagi para penyumbang dapat menyumbang kepada pihak kami untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Yakinilah bahawa segala usaha menggembirakan anak yatim & miskin akan mendapat kegembiraan daripada Allah Ta'ala.
BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
No comments:
Post a Comment