MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Sunday, February 13, 2011

SUMBANGAN JAMNAPARI ( KAMBING)

Hari Jumaat yang lalu, seorang hamba Allah dari kawasan Beserah telah menyumbangkan seekor kambing jamnapari kepada Baitul Husna. Beliau yang bertugas di Qatar akan berlepas ke sana pada hari Isnin ini. (14hb Feb 2011). Justeru, beliau berniat untuk memberi makan kepada anak-anak yatim dan mereka yang miskin.

Pihak Baitul Husna amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan telah meminta sebuah restoran Jawaher iaitu restoran makanan Arab yang terletak di Sungai Isap Jaya untuk menyediakan nasi Arab berlaukkan kambing tersebut. Keizinan Allah Ta'ala telah merealisasikan hasrat En. Rosli untuk memberi makan kepada mereka semua. 

Sebanyak 52 bungkus telah dipekkan dan kemudiannya diagihkan kepada anak-anak Baitul Husna, anak-anak Rumah Nur Iman dan perumahan PPRT di Panching Timur. Tugasan agihan dilaksanakan oleh Sdr.Hilmi dan Abg Man Taliban selepas solat maghrib.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa meminta agar anak-anak yang menerima sumbangan dan penerima sumbangan mendoakan keampunan daripada Allah Ta'ala untuk penyumbang serta dipermudahkan segala urusan perkerjaan. Hanya doa yang mampu dibalas kepada para dermawan yang menyumbang melalui Baitul Husna.



Wednesday, February 9, 2011

PERTANDINGAN NASYID, TILAWAH AL-QURAN DAN HAFAZAN

Majlis pertandingan nasyid, tilawah dan hafazan akan diadakan di Permata Camar pada bulan Mac ini. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajkan Anak Yatim Pahang (PEKAYA). Majlis ini bakal disertai oleh para penghuni rumah kebajikan anak yatim & miskin di seluruh negeri Pahang. Bagi mereka yang berjaya di peringkat negeri akan bertanding ke peringkat Kebangsaan. Tahun ini PEYATIM akan menganjurkan majlis tersebut i Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Negeri Sembilan.

Anak-anak Baitul Husna akan mengambil beberapa kategori dalam pertandingan tersebut. Antaranya ialah Tilawah Quran, Hafazan, Syarahan dan Sajak. Kini mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut akan berlatih untuk pertandingan peringkat negeri.

Diharapkan peluang yang pertama kali ini, bakal mendedahkan mereka dalam acara sebegini seterusnya dapat memberikan keyakinan kepada diri mereka sendiri.

Tuesday, February 1, 2011

Bersama PERKAYA

Kini Baitul Husna telah menyertai Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (PERKAYA). Sdr.Hilmi telah mewakili Baitul Husna dan elah dilantik sebagai jawatankuasa program majlis tilawah Quran peringkat negeri Pahang.

Semoga dengan penyertaan ini, Baitul Husna akan memiliki jaringan yang lebih luas lagi.