MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Sunday, February 13, 2011

SUMBANGAN JAMNAPARI ( KAMBING)

Hari Jumaat yang lalu, seorang hamba Allah dari kawasan Beserah telah menyumbangkan seekor kambing jamnapari kepada Baitul Husna. Beliau yang bertugas di Qatar akan berlepas ke sana pada hari Isnin ini. (14hb Feb 2011). Justeru, beliau berniat untuk memberi makan kepada anak-anak yatim dan mereka yang miskin.

Pihak Baitul Husna amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan telah meminta sebuah restoran Jawaher iaitu restoran makanan Arab yang terletak di Sungai Isap Jaya untuk menyediakan nasi Arab berlaukkan kambing tersebut. Keizinan Allah Ta'ala telah merealisasikan hasrat En. Rosli untuk memberi makan kepada mereka semua. 

Sebanyak 52 bungkus telah dipekkan dan kemudiannya diagihkan kepada anak-anak Baitul Husna, anak-anak Rumah Nur Iman dan perumahan PPRT di Panching Timur. Tugasan agihan dilaksanakan oleh Sdr.Hilmi dan Abg Man Taliban selepas solat maghrib.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa meminta agar anak-anak yang menerima sumbangan dan penerima sumbangan mendoakan keampunan daripada Allah Ta'ala untuk penyumbang serta dipermudahkan segala urusan perkerjaan. Hanya doa yang mampu dibalas kepada para dermawan yang menyumbang melalui Baitul Husna.



1 comment:

  1. salam,boleh tidak jika kami ingin mengadakan satu lawatan beramah mesra bersama anak2 yatim baitul husna.hajat di hati ingin menceriakan serta merapatkan hubungan bersama.jika boleh,sila email saya di melancholia_89@yahoo.com.terima kasih utk kerjasama.waslam

    ReplyDelete