MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Sunday, March 27, 2011

Keputusan Pertandingan Peringkat Negeri

Semalam, 26hb Mac 2011 seramai 8 orang anak-anak Baitul Husna menyertai pertandingan Tilawah Quran, Syarahan dan sajak peringkat negeri di antara rumah-rumah anak yatim seluruh negeri Pahang. Berikut adalah senarai anak-anak Baitul Husna yang menyertai pertandingan tersebut ;

1) Nasuha Bt Azmi          - Tilawah Quran
2) Siti Jamilah                  - Syarahan (Bahasa Melayu)
3) Nurul Fadhlin              - Syarahan ( Bahasa Inggeris)
4) Siti Khadijah               - Sajak
5) Wan Nur Fatihah        - Sajak
6) Nur Fatihah                - Sajak
7) Nur Nadia                 - Sajak
8) Nor Syakilla               - Sajak

Nasuha telah berjaya mendapat Johan dalam tilawah Quran bagi kategori Sekolah Rendah manakala Siti Jamilah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam syarahan. Kedua-dua mereka secara automatik berjaya mewakili negeri Pahang untuk ke pertandingan peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan pada bulan Jun.

Sekalung tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dan yang telah  menyertai pertandingan tersebut.Semoga di masa akan datang, anak-anak Baitul Husna akan berjaya menjadi johan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Terima kasih juga kepada para pengunjung blog ini yang turut mendoakan kejayaan anak-anak tersebut. Seluruh warga Baitul Husna ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua orang jurulatih yang membantu anak-anak ini semasa sessi latihan. Mereka yang terlibat ialah En Ahmad Benzin selaku sukarelawan di Baitul Husna dan Sdr Hilmi iaitu Timbalan Pengerusi JKP Baitul Husna.

Pihak PEKAYA ( Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Pahang) telah mengamanahkan kepada Sdr Hilmi sebagai urusetia semasa pertandingan tersebut. Ini adalah suatu penghargaan buat Baitul Husna kerana tenaga daripada Baitul Husna dapat disumbangkan kepada pihak PEKAYA untuk aktiviti pembangunan anak yatim & miskin.

Semoga Allah Ta'ala meredhai segala usaha baik kita untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.Mudah-mudahan usaha ini termasuk dalam kerja-kerja soleh.

No comments:

Post a Comment