MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Wednesday, March 30, 2011

SETAHUN BAITUL HUSNA BEROPERASI

Tanggal 21hb Mac lalu genaplah setahun Baitul Husna beroperasi. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang wang, tenaga, idea dan sebagainya sehingga Baitul Husna dapat beroperasi dengan jayanya.

Walaupun pada peringkat awalnya, operasi Baitul Husna tergendala selama hampir 3 tahun, dengan berkat serta keyakinan semua pihak, maka Baitul Husna dapat beroperasi dengan permulaan 10 orang penghuni. 

Sepanjang mengendalikan Baitul Husna, pelbagai pengalaman yang telah kami tempuhi. Semuanya dapat diharungi dengan baik berkat doa semua pihak yang menginginkan kewujudan Baitul Husna dapat direalisasikan.

Kami juga ingin merakamkan setinggi ucapan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagian Dato' Dr Abdul Razak Kecik yang pada awalnya sangat bersungguh dalam usaha penubuhan Baitul Husna. Beliaulah yang banyak memberi dorongan, semangat serta motivasi kepada kami dalam usaha merealisasikan Baitul Husna. Selain itu, penghargaan juga buat Yayasan Al-Khalifah yang telah banak membantu di awal operasi kami di Baitul Husna. Tanpa sokongan dana daripada Yayasan Al-Khalifah, sudah pasti operasi Baitul Husna akan terganggu.

Kami bertuah kerana telah ditemukan dengan warden muda yang bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Individu yang dimaksudkan ialah Sdri Noor Azren Abu Bakar. Beliau telah bersama Baitul Husna daripada mula operasi sehinggalah kini. Walaupun dua orang rakan baiknya telah menamatan khidmat di Baitul Husna, beliau masih lagi setia dalam usaha membangunkan usaha murni kami di Baitul Husna.Walau elaun yang diberikan tidak setinggi dengan kelulusan beliau, syukur pada Allah kerana telah memberikan beliau kesabaran dalam menjalankan tugas sebagai warden yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Sdr Hilmi Mohd Noor yang telah bertungkus lumus daripada awal penubuhan Baitul Husna sehinggalah sekarang. Semoga kesungguhan beliau mendapat keredhaan daripada Allah Ta'ala.

Pada bulan kedua operasi Baitul Husna, Sdr Hilmi telah dibantu oleh sahabatnya iaitu Sdr Norazlan Abdul Rahman. Banyak masa, tenaga dan wang telah Sdr Azlan berikan untuk Baitul Husna.Gandingan beliau dan Sdr Hilmi telah memudahkan lagi operasi Baitul Husna di peringkat permulaan.

Berikutnya individu yang turut bersusah payah ialah Tn Hj Alias Ibrahim yang kini dilantik sebagai Pengerusi JKP Baitul Husna. Walaupun beliau sibuk dengan urusan perkerjaan, beliau tetap tidak lupa untuk memastikan perjalanan operasi Baitul Husna berjalan dengan lancar.

Seterusnya tidak ketinggalan juga penghargaan buat adik-adik daripada PKPIM UIA Kuantan yang tidak jemu mengunjungi Baitul Husna bagi membantu adik-adik. Selain itu, ramai di kalangan pelajar UIA Kuantan yang banyak membantu kami pada permulaan sehinggalah kini.

Ramai lagi yang tidak sempat dinyatakan disini yang turut membantu serta menjayakan Baitul Husna. Walaupaun tidak dinyatakan nama mereka, kami amat-amat menghargai segala sumbangan serta jasa mereka.Hanya Allah Ta'ala jua yang mampu membalas segala amal soleh kalian semua.

Kami mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat. Kami turut mendoakan agar anak-anak di Baitul Husna akan menempa kejayaan di dunia dan akhirat kelak.


















 

No comments:

Post a Comment