Ada teman yang berkata, nak buat kebajikan tunggu kaya dulu. Ada pula yang menunggu ada masa kelapangan. Tetapi pernah kita ingat, Apakah esuk kita masih bernafas? Apakah kita ingat esuk kita masih sihat? Apakah kita ingat esuk kita masih senang seperti hari ini? Gunalah masa yang ada untuk berbuat kebajikkan. Sedekahlah sebahagian rezeki yang kita ada hari ini. Janganlah menunggu esuk yang belum tentu. Mungkin esuk makhluk yang bernama Izrail datang menjengah kita. Telah tiba ajal dan maut kita. Barulah kita terfikir, Apa yang hendak dibawa di hadapan Allah Robbul Jalil.
Baitul Husna adalah peluang untuk berbuat kebajikkan. Tidak semestinya sumbangan secara wang ringgit. Mungkin tidak semua yang berkemampuan. Sumbangan lain seperti tenaga, masa, mengajar anak - anak di Baitul Husna, tolong mencari sumbangan, menghebahkan kewujudan Baitul Husna dan pelbagai lagi. Mungkin apa - apa sumbangan kita yang sedikit ini akan dikira sebagai amal yang dapat membantu di Hari Kemudian. Di Hari di mana tiada apa yang mampu membantu, melainkan Yang Maha Agung.
Segeralah berhubung dengan kami untuk menyumbang. Jangan berlengah untuk berbuat kebajikkan, takut tak sempat terus.
BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
Sunday, April 4, 2010
JANGAN TUNGGU LAMA - LAMA, NANTI TAK SEMPAT.
Labels:
baitul husna,
kebajikkan,
maut.,
sedekah,
sumbangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment