MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Wednesday, April 21, 2010

Sambungan (daripada Kitab Apa Erti Menganut Islam?)

3)  "Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap2 umat(utk menyerukan); sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thogut itu.Maka di antara umat itu ada orang2 yg diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya org2 yg telah pasti kesesatan baginya".
 (surah an-Nahl : 36)


Ayat diatas jelasnya telah mengkategorikan manusia yang mendapat petunjuk dan manusia yang sesat. Justeru, kita mestilah beriman serta menyakini bahawa Allah telah mengutuskan Rasul beserta kitabNya bagi tujuan manusia mengenalkan akan Allah pencipta segala yang kita lihat dan yang tidak kita lihat.Rasul juga yang membimbing manusia tenang hala tuju kehidupan di dunia dan destinasi akhir kita kelak. 


Rugilah manusia yang tidak mahu serta degil mengikuti segala ajaran dan perintah baginda. Nabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia insan yang Allah Ta'ala ciptakan utk umat akhir zaman. Amat banyak manfaat yang kita perolehi sebagai umat akhirul zaman sebab kemulian baginda.


4) " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka menyambahKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberiKu makan.Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh".
( Surah Adz-Dzaariyat : 56-58)

Berdasarkan ayat di atas, kita perlu beriman dan menyakini bahawa Allah telah menetapkan matlamat kepada kita agar menyembahNya.Manusia perlu menyembah Allah dalam setiap aspek serta merasakan tentang kewujudan Allah dalam setiap keadaan dan ketika.Allah juga menyedarkan bahawa hanya Allah jualah pemberi rezeki yang mutlak bukannya makhlukNya.


Oleh yang demikian, sebagai manusia yang mengakui bahawa Islam itu agama Allah maka kita perlu sentiasa sedar tentang sifat Allah yang mempunyai kekuatan tiada bandingan serta bersifat dengan kekukuhan yang mutlak.Inilah aqidah yang perlu kita genggam seerat-eratnya.

No comments:

Post a Comment