MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Saturday, January 8, 2011

Masih Ramai Yang Memerlukan

Semalan selepas kuliah di Masjid Bukit Rangin, saya sempat berbual-bual dengan salah seorang jemaah. Sepanjang perbualan saya dengan beliau, masih ramai lagi insan atau individu yang memerlukan bantuan. Walaupun saya dan teman-teman telah berjaya mengusahakan Baitul Husna, sebenarnya di luar sana amat ramai mereka-mereka yang memerlukan bantuan tetapi kelompok ini tidak pula meminta-minta ke sana dan ke sini.

Justeru, program membantu anak yatim dan miskin luar adalah aktiviti sampingan kami. Kami berusaha mengenal pasti  sesiapa sahaja dilaporkan berada dalam kesusahan. Usaha membantu bagi meringankan bebanan dalam tangungjawab bersama terutamanya bagi mereka yang berkemampuan.

Pengalaman kami setelah menyampaikan bantuan baju sekolah, ternyata keceriaan di wajah para ibubapa dan penjaga. Kami amat terharu dengan keceriaan mereka dan berazam untuk mencari seramai mungkin penyumbang untuk membantu lebih ramai lagi.

Semoga Allah Ta'ala menghitung amal soleh kita semua.

Nukilan  : HILMI MOHD NOOR ( Timb.Pengerusi JKP Baitul Husna)

4 comments:

  1. asskum saudara hilmi

    berapa ramaikah ank2 yatim di baitul husna?bagaimana dan dr maner sumber kewangan utk membantu ank2 yatim di baitul husna...

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply. Kini anak2 seramai 10 org, insya Allah akan dipenuhkan sehingga 18 org dlm tahun ini.. Sila hubungi saya 0162327061.

    ReplyDelete
  3. Ustaz, Mengapa Baitul Husna ada 2 orang Timbalan Pengerusi? Sedangkan Rumah anak yatim ustaz ini hanya ada 10 orang sahaja.
    Berapa orang yang bergaji tetap di situ? Apakah Ustaz juga bergaji tetap seperti Rumah Anak Yatim milik kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Staf kami hanya 2 org warden sahaja. Saya sebagai sukarelawan.. Tugas saya fokus untuk mencari dana..Kami masih memerlukan dana untuk perbelanjaan d Baitul Husna.

    Terima kasih atas respon anda.

    ReplyDelete