MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Thursday, January 6, 2011

KEMPEN BAJU SEKOLAH 2011

Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang untuk kempen pakaian sekolah bagi sessi 2011. Pihak kami telah menerima sumbangan yang membolehkan seramai 140 orang penerima mendapatkan pakaian secara percuma hasil sumbangan tersebut.

Kesemua mereka adalah terdiri daripada golongan anak yatim dan miskin yang tidak menetap di mana-mana rumah anak yatim atau asrama kebajikan. Pihak kami berharap dengan usaha yang kecil ini dapat meenggembirakan semua penerima.

Segala urusan pembelian diuruskan oleh pihak sekolah serta tiada majlis penyampian secara rasmi oleh pihak kami. Justeru, tiada gambar yang dapat dipaparkan di dalam blog ini.

Pihak kami telah memilih 2 buah pasar raya yang berhampiran dengan penerima iaitu Mydin Wholeseller Sdn Bhd dan Terus Maju Sdn Bhd. Pihak kami memberikan kupon kepada setiap penerima untuk ditukarkan di di pasar raya terbabit.

Semoga lebih ramai lagi akan menyumbang untuk kempen yang lain pada masa akan datang.

2 comments:

  1. assalamualaikum....hrp smua penghuni rumah anak yatim dalam keadaan sihat walafiat.....untuk pengtahuan cik, sy nie seorg yg berminat kpd kanak2......sy slalu terpikir bleh tak klau sy nk menjadi seorg sukarelawan dlm rumah anak yatim tersebut......mgkin sy dpt mengisi masa lapang sy dgn kanak2 tersebut......sy berharap sgt sy dpt membantu mereka smua walaupun bkn cara memberi barang atau bnda kpd mereka.....

    ReplyDelete
  2. Adalah amat2 dialu-alukan. Sila hubungi saya. 0162327061

    ReplyDelete