Musim persekolahan sessi 2010 akan berakhir pada 19hb November ini dan sessi persekolahan 2011 akan bermula pada awal Januari 2011. Apabila bermula sessi persekolahan, banyak perbelanjaan perlu disediakan oleh para ibubapa dan penjaga untuk keperluan sekolah anak-anak mereka. Adalah dianggarkan kos keperluan untuk seorang anak di sekolah rendah sekitar RM 200 dan bagi sekolah menengah boleh mencecah RM 350 setiap orang.
Maka atas dasar keprihatinan dan kepedulian pihak Baitul Husna, kami menggerakkan kempen bantuan Pakaian dan Kelengkapan Sekolah. Kali ini kami mensasarkan seramai 300 orang anak yatim dan miskin yang akan menerima sumbangan tersebut. Lokasi anak-anak tersebut kami perolehi dari Perkampungan Bukit Sekilau, Perkampungan Permatang Badak, Kampung Nelayan Tanjung Lumpur dan Perkampungan Sungai Isap.
Setiap daripada mereka akan menerima sepasang pakaian lengkap sekolah ( termasuk tudung dan kasut), beg sekolah dan alat tulis. Kos anggaran bagi setiap penerima ialah RM 100 dan jumlah yang kami perlukan ialah sebanyak RM 30,000 untuk menampung jumlah 300 orang penerima.
Justeru, kami memohon kepada para dermawan dan orang ramai yang prihatin dengan keperitan hidup insan lain untuk menyumbang kepada kami agar dapat mengagihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Segala pertanyaan boleh menghubungi Jawatankuasa Pelaksana Kempen ini iaitu ;
Pengarah Program : Sdr Hilmi Mohd Noor (0162327061)
Timbalan Pengarah : Sdr Ahmad Damanhuri ( 019-2263577)
Setiausaha : Sdr Ahmad Benzin (019-9335354)
Setiausaha Dana : Sdr.Idris Ismail ( 010-4158960)
Pihak kami memerlukan sumbangan tersebut selewat-lewatnya pada 30hb November untuk tujuan pembelian kesemua pakaian dan kelengkapan tersebut.
Kami juga mengalu-alukan maklumat anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan persekolahan ini daripada para pengunjung blog ini.
Kami mengharapkan agar usaha ini dapat mengringankan beban yang ditanggung oleh para ibubapa atau penjaga anak-anak tersebut.Hanya Allah jua yang mampu membalas segala budi dan keprihatinan para penyumbang. Pihak kami hanya menjalankan amanah untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berkeperluan dan layak.
BAITUL HUSNA..MEMBELA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.MEMBINA INSAN KAMIL..... SEBAIK - BAIK MANUSIA ADALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.
MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)
INGIN MENYUMBANG
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.
Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.
Thursday, October 14, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Majlis Solat Hajat Untuk UPSR
Semalam, 20hb Septenber 2010 bersamaan 11hb Syawal 1432, pihak Baitul Husna telah menganjurkan majlis solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki UPSR. Antara yang turut hadir sebagai tanda sokongan moral ialah saf kepimpinan ABIM Negeri Pahang, WADAH Negeri Pahang, Masjid Saidina Ali Abi Talib, JKKK dan Ahli Lembaga Pengelola Buitul Husna.
Majlis jamuan telah disumbang oleh individu yang amat prihatin dengan Baitul Husna dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan Baitul Husna.
Kami mendoakan agar Allah Ta'ala mempermudahkan urusan anak-anak Baitul Husna dan anak-anak angkat Baitul Husna yang menduduki UPSR. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, September 14, 2010
Kembali Ke Baitul Husna
Syukur pada Allah Ta'ala, setelah bercuti selama 8 hari untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing, anak-anak Baitul Husna telah kembali ke Baitul Husna untuk meneruskan proses pengajian di SK Bukit Sekilau. Hari ini, SK Bukit Sekilau memulakan sessi persekolahan setelah cuti hari raya.
Terdapat 5 orang daripada mereka akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada 21hb Septemer ini. Kini kesemua mereka sedang sibuk untuk persiapan akhir bagi menempuhi peperiksaan tersebut. Segala program jamuan hari raya terpaksa ditangguhkan dan tidak dipenuhi bagi memberi ruang mereka membuat persiapan tersebut.

Monday, September 6, 2010
Anak-Anak Baitul Husna Pulang Beraya
Pada 5hb September, kesemua anak-anak Baitul Husna pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing. Sebelum pulang pihak Baitul Husna mengadakan perjumpaan dengan penjaga anak-anak Baitul Husna. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Norazlan iaitu Timb.Pengerusi J/K Pengelola Baitul Husna.
Pada majlis tersebut, Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi Mohd Noor telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada dua orang warden Baitul Husna iaitu Cik Nor Azreen dan Cik Ily Husna. Kedua-dua mereka telah mengorbankan usia muda untk berbakti kepada anak-anak Baitul Husna. Tugasan mereka merangkumi pelbagai iaitu memasak, membantu mengemas, mengajar, memantau aktiviti dan beberapa lagi tugasan lain.
Selain itu Sdr Hilmi memaklumkan kepada para penjaga tentang keadaan anak-anak mereka sepanjang 6 bulan di Baitul Husna. Secara keseluruhannya, anak-anak Baitul Husna ini berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut. Beberapa perubahan juga dapat dilihat antaranya ;
1) Fokus ketika Belajar
2) Mampu membaca al-Quran
3) Bersopan santun
4) Memahami perkara asas Islam
Pihak Baitul Husna amat berbangga dengan perubahan tersebut dan mengharapkan agar anak-anak Baitul Husna akan lebih baik lagi ketika pulang setelah menyambut 1 Syawal. Kami juga berharap agar penjaga dapat memastikan disiplin anak-anak konsisten ketika berada di rumah masing-masing.
Kami mendoakan agar anak-anak Baitul Husna menyambut Hari Raya dengan penuh makna pada tahun ini dan semoa selamat kembali ke Baitul Husna pada 13hb September nanti.
Sunday, September 5, 2010
Ziarah Helwa Surau al-Muhajirin Indera Mahkota 5
Rombongan Helwa diketuai oleh Dato' Mahadiah Bt.Hj Mohamad berserta 15 orang ahli Helwa surat tersebut.
Pihak kami amat berbesar hati menerima rombongan dengan walaupun hari ini adalah hari terakhir anak-anak Baitul Husna di Baitul Husna sebelum hari lebaran.
Kami berharap agar usaha murni ini dapat diikuti oleh individu yang lain dalam usaha menyantuni anak yatim dan fakir miskin.

Majlis Iftar di Masjid Saidina Ali Abin Talib
Majlis iftar tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan daripada beberapa pihak kepada 49 orang anak yatim dan miskin sekitar Bukit Sekilau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Tuan Haji Alias Ibrahim dan Pengurus Baitul Husna Sdr Hilmi Mohd Noor.
Sahur anak-anak Baitul Husna
Mulai bulan Ramadhan, kesemua anak-anak menjamu selera mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu makan bertalam. Setiap talam dikongsi 3 atau 4 orang. Hasil makan bertalam ini, mengeratkan lagi hubungan di kalangan mereka dan kasih sayang semakin erat. Mudah-mudahan kasih sayang di kalangan mereka ini berkekalan di dunia dan akhirat.
Saturday, September 4, 2010
Program Iftar bersama Perpustakaan Negeri Pahang
Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan daripada pihak Perpustakaan Pahang.
Suasana ketika berbuka bersama perpustakaan pahang. Terpancar wajah kecereiaan di kalangan anak-anak Baitul Husna.
Semoga Allah Ta'ala memrahmati para penyumbang.
Iftar bersama Badan Kebajikan Staf & Sukan UMP
Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan daripada Badan Kebajikan Staf & Sukan UMP
Penasihat Baitul Husna yang juga Yang Dipertua ABIM Sdr Hisyamuddin menerima sumbangan bagi pihak Baitul Husna.
Sdr Norazlan iaitu Timb Pengerusi Lembaga Pengelola Baitul Husna menyampaikan ucapan aluan.

Beratur untuk mengambil hidangan
Gambar Kenangan bersama anak-anak Baitul Husna dan ahli kelab.
Program Bersama Kelab Kebajikan & Sukan JBA Pahang
Suasana ketika program bersama Kelab Kebajikan & Sukan JBA Pahang di Baitul Husna.
Kami merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Kelab tersebut.
Tuesday, August 31, 2010
Program Hari Raya
Pihak kami mengalu-alukan sebarang program Hari Raya untuk anak-anak Baitul Husna. Pihak kami hanya boleh memenuhi undangan hanya pada hari Sabtu dan Ahad atau majlis yang diadakan di Baitul Husna. Sebagai maklumat tambahan, anak-anak Baitul Husna akan menduduki UPSR pada 22hb hingga 24hb September. Oleh yang demikian tarikh 18hb dan 19hb tidak dapat diadakan kerana ingin memberi ruang untuk anak-anak tersebut membuat persediaan yang terakhir. Hanya tarikh selepas UPSR akan diterima untuk sebarang program Hari Raya.
Sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus iaitu Sdr.Hilmi (0162327061) atau Sdr.Azlan (019-9507423) atau Sdr Mahadi (013-4897703).
Sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus iaitu Sdr.Hilmi (0162327061) atau Sdr.Azlan (019-9507423) atau Sdr Mahadi (013-4897703).
Sumbangan Sempena Ramadhan
Pihak Baitul Husna ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada Baitul Husna. Sumbangan yang kami terima terdiri daripada barangan makanan, pakaiaan untuk anak-anak, wang ringgit dan juga sokongan moral. Kami sentiasa mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah Ta'ala dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat.
Para pengunjung blog juga boleh mengikuti aktiviti kami melalui facebook.
Para pengunjung blog juga boleh mengikuti aktiviti kami melalui facebook.
Tuesday, August 24, 2010
Iftar Anjuran Kelab Belia Nadi Kota
Sebuah kelab belia yang dikenali sebagai Kelab Belia Nadi Kota Bandar Kuantan telah menganjurkan majlis iftar dengan kerjasama Baitul Husna di Restoren Jawaher, Sg,Isap Jaya pada 23hb Ogos 2010. Seramai 10 orang anak yatim dan miskin telah dijemput. Kesemua mereka menetap di sekitar perkampungan Permatang Badak dan mendapat bantuan daripada pihak Baitul Husna. Walaupun anak-anak tersebut tidak menetap di Baitul Husna, mereka tetap disantuni mengikut keupayaan kami.
Justeru, kami berharap lebih ramai lagi yang akan menyumbang kepada kami agar dapat pihak kami menyantuni lebih ramai anak-anak yang terdiri daripada golongan yatim & miskin.
Monday, August 23, 2010
Rezeki Raya Buat Anak Yatim & Miskin
Syukur ke hadrat Allah Ta'ala, pagi ini sesudah solat subuh di masjid, Pengurus Baitul Husna telah menerima wang zakat untuk disalurkan kepada anak-anak fakir miskin (termasuk anak yatim). Wang tersebut akan digunakan untuk pembelian baju raya kepada mereka yang berjumlah seramai 30 orang daripada perkampungan Permatang Badak.
Senarai anak-anak tersebut diperolehi daripada sumber Sekolah Kebangsaan Permatang Badak. Berdasarkan maklumat tersebut, seramai 100 orang anak yatim dan miskin telah menerima baju raya manakala jumlah 30 orang lagi masih belum menerima sebarang sumbangan raya.
Berkat usaha mempromosikan sumbangan untuk anak yatim dan miskin, Pengurus Baitul Husna telah menerima sumbangan tersebut agar dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Mudah-mudahan anak-anak tersebut akan gembira dengan pemberian ini.
Kami berharap agar ramai lagi para penyumbang dapat menyumbang kepada pihak kami untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Yakinilah bahawa segala usaha menggembirakan anak yatim & miskin akan mendapat kegembiraan daripada Allah Ta'ala.

Baju Raya untuk anak yatim & miskin
Pada hari Sabtu lalu, sebuah syarikay swasta telah sudi menyumbangkan baju raya kepada anak yatim dan miskin. Kesemua yang terlibat seramai 17 orang yang telah dibawa membeli belah di Kamdar. Terserlah sekali wajah kegembiraan di muka anak-anak tersebut setelah menerima sumbangan.
Semoga Allah merahmati para penyumbang yang berbesar hati untuk menyumbangkan baju raya tersebut. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja untuk kami membantu seramai mungkin terutamanya di bulan yang mulia ini.
Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa baik kalian para penyumbang. Pihak Baitul Husna hanya menjalankan tugas mengagihkan kepada mereka yang memerlukan.Segala pertanyaan sila hubungi Pengurus, Sdr Hilmi 0162327061.

Friday, August 20, 2010
Senarai Majlis Iftar Terkini
Berikut adalah senarai terkini majlis iftar yang melibatkan anak-anak di Baitul Husna ;
1) 20hb Ogos Bersama CIMB di Hotel Vistana, Kuantan
2) 21hb Ogos Bersama para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Baitul Husna
3) 24hb Ogos Bersama pihak ABIM & Wadah negeri Pahang di Baitul Husna
4) 25hb Ogos Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Bt 5 Jalan Gambang
5) 26hb Ogos Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Kuantan di Baitul Husna
6) 27hb Ogos anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
7) 28hb Ogos para pelajar Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (Kipsas) di Baitul Husna
8) 4hb Sept di hadapan perkarangan pejabat 7Eleven Indera Mahkota
Hanya ada beberapa hari sahaja yang masih kosong. Pada sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus untuk majlis iftar bersama anak-anak Baitul Husna. Anak-anak Baitul Husna akan pulang ke kampung pada 5hb September.
Sesiapa yang berminat untuk menganjurkan program bersama anak-anak Baitul Husna dialu-alukan sebelum tarikh mereka pulang ke kampung.

Majlis Iftar Turut dihadiri anak Yatim Dan Miskin sekitar Bukit Sekilau
Di majlis iftar bersama Dewanita, pihak Baitul Husna telah menjemput seramai 64 orang anak yatim dan miskin sekitar Bukit Sekilau. Hanya 25 orang sahaja yang hadir. Setiap daripada mereka menerima sumbangan bernetuk wang tunai dan barangan makanan.
Pihak Baitul Husna amat prihatin terhadap kesusahan anak-anak yatim dan miskin yang tidak berpeluang menetap di Baitul Husna. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menggembirakan anak-anak tersebut di bulan yang penuh barakah ini.
Kami merayu kepada semua pihak agar dapat menghulurkan sumbangan kepada pihak kami agar dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Nasyid di Majlis Iftar Anjuran Dewanita Caw Pahang
Anak-anak Baitul Husna yang sedang membuat persembahan sempena majlis iftar anjuran Dewanita Pahang di Baitul Husna pada 14hb Ogos lalu. Ini adalah majlis iftar yang pertama di Baitul Husna.
Tuesday, August 17, 2010
Sekalung Penghargaan Kepada Pihak Yang Terlibat
Pihak Baitul Husna ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak Baitul Husna. Semoga usaha kalian semua dalam membela golongan yatim dan miskin berterusan walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada Baitul Husna untuk manfaat anak-anak di sini. Hanya Allah jua yang layak membalas jasa kalian semua.
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada Baitul Husna untuk manfaat anak-anak di sini. Hanya Allah jua yang layak membalas jasa kalian semua.
Saturday, August 14, 2010
Sekitar Pemberian Chocodate
Penyampaian oleh SU ABIM Negeri Pahang Sdr Mahadi Deraman. Lokasi di SK Tg Lumpur..Seramai 110 orang menerima daripada pihak Baitul Husna. Terima kasih kepada penyumbang.
Thursday, August 12, 2010
Majlis Penyampaian Chocodate
Pihak kami telah berjaya manyampaikan sumbangan chocodate tersebut kepada semua pelajar yang layak menerima yang terdiri daripada anak yatim & fakir miskin. Berikut adalah butiran program ;
1) SK Bukit Sekilau ( 9hb Ogos) disampaikan oleh YDP PIBG SK Bukit Sekilau Tn Hj Emir Sham. Turut hadir Guru Besar Tn Haji Saudi.
2) SK Tg.Lumpur (10hb Ogos) disampaikan oleh SU ABIM Pahang Sdr Mahadi Deraman. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Benzin, pendakwah daripada Masjid Permatang Badak. Turut hadir Guru Besar En. Azmi Yusof.
3) SK Permatang Badak (11hb Ogos) Sdr Ahmad Damanhuri selaku YDP ABIM Daerah Kuantan menyampaikan tazkirah dan menyampaikan chocodate kepada anak-anak yatim & miskin.

(Atas)Inilah rupa bungkusan chocodate. Sebagai makluman, chocodate ini dikilangkan di Dubai dan di import oleh sebuah syarikat pembekal kurma di negara kita.
(Bawah) Pengurus Baitul Husna sedang menyusun chocodate di SK Bukit Sekilau pada 9hb Ogos lalu.
Pihak Baitul Husna ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang penderma yang telah menyumbangkan chocodate untuk diagihkan kepada 300 orang anak yatim dan miskin. Tiga buah sekolah yang terlibat iaitu SK Bukit Sekilau, SK Tg.Lumpur dan SK Permatang Badak.
Pihak kami merayu kepada orang ramai, agar dapat menyumbangkan kepada kami apa sahaja bentuk sumbangan untuk kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Pihak kami hanya menguruskan urusan pengagihan dan urusan menerima sumbangan.
Semoga usaha kecil ini dapat menggembirakan mereka yang tidak berkemampuan. Hanya Allah jua yang berhak memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat dalam sumbangan tersebut.
Thursday, August 5, 2010
Monday, August 2, 2010
Saturday, July 31, 2010
Terima Kasih kepada Para Penderma
Kami ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penderma yang menyumbang ke Baitul Husna. Walaupun ada penyumbang yang tidak kami kenali, kami amat menghargai segala sumbangan kalian samada berbantuk wang, barangan ataupun doa kepada kami.
Kami juga sentiasa mendoakan agar kesemua yang menyumbang kepada kepada agar Allah Ta'ala mengampuni segala dosa-dosanya dan agar dipermudahkan segala urusan mereka. Kami berharap akan terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan melalui Baitul Husna ini.
Hanya Allah jua yang Maha Tahu membalas kebaikan kalian semua.

Ke Masjid Saidina Ali Abi Talib (SAAT)
Semalam kesemua anak-anak Baitul Husna dikehendaki ke Masjid SAAT untuk solat magrib berjemaah. Mulai minggu ini juga, setiap hari Sabtu & Ahad anak-anak ini akan berjemaah di masjid dan mendengar kuliah subuh. Ini adalah proses tarbiyah yang perlu dilalui oleh anak-anak Baitul Husna. Mudah-mudahan dengan mendekati rumah Allah hati mereka akan mudah dan cenderung kepada perkara kebaikkan.
Ini adalah antara misi kami di Baitul Husna agar melahirkan anak-anak yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala dengan kefahaman yang jelas dan bukan dengan cara terpaksa. Kita mahukan agar mereka kekal menjadi insan yang solehah ketika berada bersama Baitul Husna dan ketika mereka dewasa kelak.
Amat mencabar memelihara 10 orang anak perempuan ini. Walau apapun ini adalah cabaran buat kami semua agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Thursday, July 29, 2010
Jejak Fakir
Selepas zohor sekitar jam 2.30 petang, Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi dan sukarelawan Baitul Husna iaitu Man Turkey atau lebih dikenali sebagai Abang Man telah ke kawasan setinggan berhampiran bandar Kuantan. Keadaan rumahnya amat dhaif , tiada bekalan air diperolehi dan ketika banjir mereka terpaksa berpindah. Mujur juga ada seorang ahli perniagaan berbangsa Tiong Hua yang sudi membantu memperbaiki rumah tersebut.
Di rumah tersebut dihuni oleh 8 orang iaitu ibu kepada 7 orang anak serta seorang warga emas yang tiada waris menumpang di rumah tersebut. Ibu tersebut bekerja di sebuah kilang pembuat fish ball dengan kadar bayaran RM 4 sehari. Suaminya yang bertaraf penduduk tetap berasal dari negara jiran, langsung tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayak kepada anak-anaknya. Suaminya telah meninggalkan kelauarganya sejak beberapa tahun yang lalu. Kini keluarga ini hanya bergantung harap kepada sumbangan abang kepada si ibu tersebut.
Tujuan lawatan tersebut untuk memilih anak daripada keluarga tersebut untuk dimasukkan ke Baitul Husna. Pihak Baitul Husna melalui JK pemilihan akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu atau 2 minggu lagi.

Latihan Puasa
Syukur pada Allah Ta'ala yang telah memberikan kekuatan kepada anak-anak Baitul Husna berpuasa. Hari ini kesemua mereka telah berjaya menggantikkan puasa yang telah ditinggalkan tahun lepas. Walaupun bukan wajib bagi mereka (yang belum baligh) menggantikan puasa, ini adalah latihan buat mereka bagi menempuh bulan Ramadhan nanti.
Mudah-mudahan mereka akan terus membudayakan berpuasa sunat kelak. Diharapkan juga budaya berpuasa ini kekal sehingga mereka dewasa.
Mudah-mudahan mereka akan terus membudayakan berpuasa sunat kelak. Diharapkan juga budaya berpuasa ini kekal sehingga mereka dewasa.
Tuesday, July 27, 2010
Tuisyen Matematik
Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada para siswi daripada UIA dalam bidang Sains Matematik yang secara sukarela mengadakan kelas tuisyen matematik kepada para pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Insya Allah, pihak kami merancang untuk mengadakan bengkel matematik buat anak-anak yatim & miskin yang tidak menetap di Baitul Husna.
Sesiapa yang berkelapangan silalah untuk menziarahi ke Baitul Husna.
Sesiapa yang berkelapangan silalah untuk menziarahi ke Baitul Husna.
Tuesday, July 20, 2010
Kelas Tuisyen Bahasa Melayu
Hari Ahad lalu, kelas tuisyen Bahasa Melayu untuk anak-anak yang bakal menduduki UPSR telah bermula. Kelas tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Pengurus Baitul Husna iaitu Sdr Hilmi. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Melayu untuk para pelajar Maahad Tahfiz di Ulu Langat yang menduduki SPM. Kini pengalaman tersebut dimanfaatkan untuk anak-anak di Baitul Husna.
Fokus kelas tuisyen tersebut ialah kertas 2 iaitu kemahiran menulis karangan. Semoga anak-anak ini akan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.
Fokus kelas tuisyen tersebut ialah kertas 2 iaitu kemahiran menulis karangan. Semoga anak-anak ini akan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.
Thursday, July 15, 2010
Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat
Pihak PIBG SK Bukit Sekilau dan pihak sekolah telah menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk calon-calon UPSR. Tahun ini seramai 5 orang anak-anak Baitul Husna yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Pengurus selaku penjaga anak-anak Baitul Husna telah memenuhi undangan tersebut.
Selepas solat Isyak, pengurus sempat berbual dengan YDP PIBG iaitu Tn Hj Emir tentang perkembangan anak-anak Baitul Husna. Kami semua mendoakan agar anak-anak ini akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR kelak.
Hari Sabtu ini, akan bermla kelas intensif Bahasa Inggeris untuk anak-anak Baitul Husna. Kelas akan berjalan selama 4 jam daripada jam 9 pagi hingga 1 petang. Diharap selepas ini mutu Bahasa Inggeris anak-anak akan meningkat.
Mulai minggu depan, Pengurus akan memulakan kelas intensif bagi pelajaran Bahasa Melayu untuk anak-anak yang akan menduduki UPSR. Aspek penulisan akan ditekankan kepada anak-anak agar mahir dalam kertas 2 UPSR kelak.

Riadhah Anak-anak Baitul Husna
Petang tadi jam 5.30pm, 5 orang daripada anak-anak Baitul Husna berriadhah di Kompleks Belia Sukan Daerah Kuantan. Mereka pergi bersama walid (iaitu pengurus) yang kebetulan ke Kelab Gyimnasium Rakyat Kuantan. Anak-anak ini perlukan aktiviti riadhah agar mempunyai kecergasan fizikal seterusnya akan menjamin kecerdasan mental mereka. Insya Allah, di masa yang lai 5 orang lagi akan dibawa ke kompleks tersebut bagi tujuan riadhah.
Pemberian ChocoDates kepada Anak Yatim & Miskin
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang, pihak Baitul Husna dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia cawangan Pahang akan mengagihkan kurma coklat ( chocodates) kepada anak-anak yatim dan miskin di sekitar Kuantan. Kami anggarkan sekitar 300 orang anak-anak yang akan terlibat dalam pengagihan tersebut.
Sebelum pemberian chocodates tersebut, anak-anak akan diberikan tazkirah sempena Ramadhan oleh wakil kami. Antara perkara yang akan disampaikan dalam tazkirah tersebut ialah tentang kelebihan puasa, kelebihan bulan Ramadhan dan beberapa kelebihan melakukan amal kebajikan di bulan Ramadhan.
Kos bagi sekotak chocodates ialah RM 15.00 sekotak. Pihak kami perlu membeli 300 kotak chocodates selewat-lewatnya pada 30hb Julai. Majlis pemberian akan diadakan di sekolah yang terpilih pada 9hb dan 10hb Ogos 2010.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang dan menyertai majlis ini sila hubungi pihak Baitul Husna di talian 0162327061 atau 0199507423.
Diharap dengan pemberian ini akan mengembirakan anak yatim & miskin dengan kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

RENUNGAN
“Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu kebaikan bagimu. Jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 271)
"Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala." (Surah al- Nisa', ayat 10)
Tuesday, July 13, 2010
Bengkel Kemahiran Bahasa Inggeris
Mulai 17hb Julai 2010, bengkel kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris akan diadakan khas untuk anak-anak di Baitul Husna. Dalam bengkel ini mereka akan didedahkan dengan beberapa kemahiran ;
1) Penulisan
2) Komunikasi
3) Pengucapan awam
4) Kaedah penyebutan perkataan
Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang guru lulusan daripada University of Miami, Corel Gables, Florida, USA. Beliau pernah mengajar di salah sebuah sekolah peringkat menengah di Florida. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam Psikologi Pendidikan.
Bengkel ini akan berjalan sehingga 3 bulan dengan kekerapan sekali seminggu iaitu pada hari Sabtu atau Ahad. Selepas bengkel ini anak-anak Baitul Husna akan menguasai kaedah-kaedah tersebut, Insya Allah.
Kos yang dikenakan hanya RM 50 untuk sebulan bagi setiap orang. Justeru, bagi sesiapa yang mahu menyumbangkan kos bengkel tersebut sila hubungi Pengurus Baitul Husna di talian 016-232 7061.

Sunday, July 11, 2010
KEMASUKKAN KE BAITUL HUSNA
Pihak kami masih lagi membuka tawaran kemasukkan ke Baitul Husna Bukit Sekilau. Sekiranya ada maklumat @mengetahui ada anak yatim atau fakir miskin yang memerlukan, sila berhubung dengan kami.
Syarat Kemasukkan:
1. Anak perempuan berumur 10 - 12 tahun.
2. Status anak yatim - piatu @ yatim (mati bapa atau ibu) miskin @ anak fakir - miskin.
3. Kesihatan yang baik.
4. Keluarga yang miskin.
Sekiranya ada maklumat berkaitan, sila berhubung dengan kami di talian 0199507423 @ 0162327061

Thursday, July 8, 2010
Pohon Sumbangan Kos Pendawaian Elektrik
Petang tadi pihak pengurusan telah meminta kontraktor pendawaian elektrik untuk membaiki sistem pendawaian yang ada kini di ruangan belajar dan ruangan solat. Sebanyak 12 unit kipas syiling perlu ditukar ganti beserta mengubah semula sistem pendawaian yang sedia ada kini. Tujuan mengubah semua sistem pendawaian adalah untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak Baitul Husna ketika sessi ulangkaji pelajaran kerana pendawaian sekarang telah rosak sebahagiannya. Jumlah keseluruhan kos pendawaian berserta kipas syiling ialah RM 3,660 sahaja.
Justeru, kami memohon kepada mana-mana individu yang ingin menyumbangkan kos pendawaian ini boleh menghubungi pihak kami iaitu Sdr.Hilmi di talian 016-2327061 untuk keterangan lanjut.
Justeru, kami memohon kepada mana-mana individu yang ingin menyumbangkan kos pendawaian ini boleh menghubungi pihak kami iaitu Sdr.Hilmi di talian 016-2327061 untuk keterangan lanjut.
REZEKI DURIAN
Baru beberapa hari sebelum ini, anak - anak di Baitul Husna teringin untuk makan durian. Memandangkan kesibukkan masa yang terhad, tak sempat lagi untuk membeli Raja Buah tersebut kepada mereka. Tup - tup ada seorang hamba Allah, seorang peniaga muda menelefon untuk menyedekahkan sedikit sumbangan dan buah durian ke Baitul Husna. Semoga dimurahkan rezeki kepada beliau dan berjaya dalam perniagaannya.
Itulah rezeki kurniaan Allah untuk anak - anak Baitul Husna.
Subscribe to:
Posts (Atom)