MARILAH BESEDEQAH SEBELUM TERLAMBAT

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

INGIN MENYUMBANG

Ingin menyumbang moga menjadi bekal di akhirat,
BIMB, BAITUL HUSNA BUKIT SEKILAU 06082010001642.

Moga Allah memberi lebih keberkatan kepada rezeki dan hidup kita.

ALAMAT :ANJUNG SEKILAU, JALAN BUKIT SEKILAU 2, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

SILA HUBUNGI TALIAN 016-2327061 ATAU 014-6080510 ATAU 016-9332779

Thursday, October 13, 2011

Fitnah akhir Zaman

Marilah kita sama2 renungkan....

Istighfar

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah, mudah-mudahan segala amalan kita diterima, kerja amal kita diredhai dan segala urusan hidup kita dipermudahkan oleh Allah Ta'ala..

Saturday, October 8, 2011

Thursday, October 6, 2011

Taubat Hamba Allah

Marilah sama-sama kita renungkan lirik-lirik nasyid ini. Semoga bermanfaat..

Penghulu Istihgfar

Jadikanlah istighfar sebagai amalan harian kita...

Sebagai Renungan Bersama

Kami mendidik anak-anak Baitul Husna agar sentiasa berada di atas landasan agama yang benar, Insya Allah..

Tuesday, August 30, 2011

Lagu Kenangan

SALAM AIDILFITRI 1432

Kami warga pengelola, pengurusan Baitul Husna serta anak-anak Baitul Husna ingin merakamkan ucapan selamat menyambut Aidilfitri. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah Ta'ala. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menjemput anak-anak kami bagi jamuan iftar. Kami juga ingin mengucapkan setinngi penghargaan buat para penyumbang yang telah menyumbang sepanjang bulan Ramadhan yang lepas..

Semoga amalan kalian diperhitungkan sebagai amalan soleh serta mendapat keredhaan daripada Allah Ta'ala.


Monday, August 8, 2011

Saturday, August 6, 2011

Harapan Ramadhan

Kami doakan agar semua para pengunjung blog ini , para penderma dan mereka yang berusaha membangunkan Baitul Husna dianugerahkan Lailatul Qadar pada tahun ini.Allah berfirman yang bermaksud ;

" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam Kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibrail) dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." ( Surah Al-Qadr: 1-5)

Thursday, August 4, 2011

SALAM RAMADHAN 1432

Kami warga Baitul Husna Bukit Sekilau ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua para pengunjung blog ini serta kepada semua para dermawan yang telah dan akan menyumbang kepada pihak kami.

Semoga kedatangan bulan mulia ini, akan mendatangkan manfaat kepada semua pihak yang menyumbang kepada kami serta yang terlibat dalam membangunkan Baitul Husna. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud ;

" Mereka menanyakan kepadamu( Muhammad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, memperbaiki keadaan mereka adalah baik..." ( Surah Al-Baqarah : 220)

Saturday, July 2, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN) 2011- Penglibatan Baitul Husna


Pengasas  Baitul Husna Bukit Sekilau, Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj.Kechik yang juga Pengerusi Biro MTQN Kebangsaan  mengiringi YAB Dato' Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Majlis Perasmian MTQN yang berlangsung di USIM, Nilai.

Siti Nasuha Mohd Azmi yang mewakili negeri Pahang bagi acara Tilawah Quran katagori sekolah rendah..

Sdr Hilmi Mohd Noor selaku Timb Pengerusi Baitul Husna turut hadir bagi memberikan sokongan kepada yang para peserta dari negeri Pahang yang terlibat di MTQN 2011.

Wednesday, June 22, 2011

Dosa Makan Anak YAtim

Sama-sama kita renungkan...
Semoga kita dijauhi daripada dosa demikian....

Wednesday, June 8, 2011

MTQN Peringkat Kebangsaan

Majlis Tilawah Quran & Pertandingan Nasyid (MTQN) peringkat kebangsaan yang disertai oleh penghuni-penghuni rumah anak yatim & miskin seluruh negara telah berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai pada 6hb hingga 9hb Jun 2011. MTQN kali ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohamad Bin Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seramai 3000 orang anak-anak yatim & miskin beserta pegawai pengiring telah menyertai majlis ini. Pengerusi Biro MTQN PEYATIM adalah pengasas Baitul Husna iaitu Dato' Dr Abdul Razak Bin Hj.Kecik. Beliau bersama AJK penganjur MTQN telah berjaya menguruskan majlis tersebut dengan baik dan mendapat pujian daripada YAB Menteri Besar.

Seramai 2 orang anak Baitul Husna telah menyertai pertandingan dalam acara Tilawah Quran & Syarahan. Keputusan rasmi akan diumumkan pada malam ini di dalam majlis perasmian penutupan.

Sdr Hilmi Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi Baitul Husna telah hadir ke majlis tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap anak-anak yang masuk bertanding.

Insya Allah, gambar-gambar akan menyusul kemudian.

Monday, April 25, 2011

MENERIMA PENGUNJUNG

Minggu lalu, Baitul Husna telah menerima beberapa kunjungan daripada pihak agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk menyaurkan sumbangan serta menganjurkan program bersama anak-anak yatim & miskin. Kesemua tetamu telah dilayan oleh Sdr Hilmi Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi Baitul Husna.

Kami bagi pihak Baitul Husna merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak yang berminat untuk mengimarahkan Baitul Husna dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang program yang berbentuk mendidik anak-anak Baitul Husna dan anak-anak yang sering terlibat dengan pihak kami.


Monday, April 11, 2011

MAJLIS BERSAMA TENGKU PUAN PAHANG

Program ini yang dihadiri oleh KDYM Tengku Puan Pahang. Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak Baitul Husna.

Anak-anak Baitul Husna menerima sumbangan baju daripada pihak IKIP yang disampaikan oleh Tengku Puan Pahang.

Anak-anak Baitul Husna beratur menanti Tengku Puan Pahang untuk bersalaman.

Bergambar kenangan dengan Master Chef Sabri. Seorang tokoh masakan yang mengadunkan ilmu masakan dengan nilai-nilai Islamik. Beliau bercadang untuk mengadakan majlis jamuan makan bersama anak-anak yatim di Kuantan.

Friday, April 1, 2011

AYAT RENUNGAN

FIRMAN  ALLAH  TA'ALA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 261, YANG BERMAKSUD ;

" PERUMPAMAAN ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTANYA DI  JALAN  ALLAH  SEPERTI,  

SEBUTIR  BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI, PADA SETIAP TANGKAI  ADA 

SERATUS BIJI.  ALLAH MELIPATGANDAKAN  BAGI  SIAPA  YANG DIKEHENDAKI , DAN  

ALLAH  MAHA LUAS  LAGI  MAHA MENGETAHUI".

Wednesday, March 30, 2011

SETAHUN BAITUL HUSNA BEROPERASI

Tanggal 21hb Mac lalu genaplah setahun Baitul Husna beroperasi. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang wang, tenaga, idea dan sebagainya sehingga Baitul Husna dapat beroperasi dengan jayanya.

Walaupun pada peringkat awalnya, operasi Baitul Husna tergendala selama hampir 3 tahun, dengan berkat serta keyakinan semua pihak, maka Baitul Husna dapat beroperasi dengan permulaan 10 orang penghuni. 

Sepanjang mengendalikan Baitul Husna, pelbagai pengalaman yang telah kami tempuhi. Semuanya dapat diharungi dengan baik berkat doa semua pihak yang menginginkan kewujudan Baitul Husna dapat direalisasikan.

Kami juga ingin merakamkan setinggi ucapan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagian Dato' Dr Abdul Razak Kecik yang pada awalnya sangat bersungguh dalam usaha penubuhan Baitul Husna. Beliaulah yang banyak memberi dorongan, semangat serta motivasi kepada kami dalam usaha merealisasikan Baitul Husna. Selain itu, penghargaan juga buat Yayasan Al-Khalifah yang telah banak membantu di awal operasi kami di Baitul Husna. Tanpa sokongan dana daripada Yayasan Al-Khalifah, sudah pasti operasi Baitul Husna akan terganggu.

Kami bertuah kerana telah ditemukan dengan warden muda yang bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Individu yang dimaksudkan ialah Sdri Noor Azren Abu Bakar. Beliau telah bersama Baitul Husna daripada mula operasi sehinggalah kini. Walaupun dua orang rakan baiknya telah menamatan khidmat di Baitul Husna, beliau masih lagi setia dalam usaha membangunkan usaha murni kami di Baitul Husna.Walau elaun yang diberikan tidak setinggi dengan kelulusan beliau, syukur pada Allah kerana telah memberikan beliau kesabaran dalam menjalankan tugas sebagai warden yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Sdr Hilmi Mohd Noor yang telah bertungkus lumus daripada awal penubuhan Baitul Husna sehinggalah sekarang. Semoga kesungguhan beliau mendapat keredhaan daripada Allah Ta'ala.

Pada bulan kedua operasi Baitul Husna, Sdr Hilmi telah dibantu oleh sahabatnya iaitu Sdr Norazlan Abdul Rahman. Banyak masa, tenaga dan wang telah Sdr Azlan berikan untuk Baitul Husna.Gandingan beliau dan Sdr Hilmi telah memudahkan lagi operasi Baitul Husna di peringkat permulaan.

Berikutnya individu yang turut bersusah payah ialah Tn Hj Alias Ibrahim yang kini dilantik sebagai Pengerusi JKP Baitul Husna. Walaupun beliau sibuk dengan urusan perkerjaan, beliau tetap tidak lupa untuk memastikan perjalanan operasi Baitul Husna berjalan dengan lancar.

Seterusnya tidak ketinggalan juga penghargaan buat adik-adik daripada PKPIM UIA Kuantan yang tidak jemu mengunjungi Baitul Husna bagi membantu adik-adik. Selain itu, ramai di kalangan pelajar UIA Kuantan yang banyak membantu kami pada permulaan sehinggalah kini.

Ramai lagi yang tidak sempat dinyatakan disini yang turut membantu serta menjayakan Baitul Husna. Walaupaun tidak dinyatakan nama mereka, kami amat-amat menghargai segala sumbangan serta jasa mereka.Hanya Allah Ta'ala jua yang mampu membalas segala amal soleh kalian semua.

Kami mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat. Kami turut mendoakan agar anak-anak di Baitul Husna akan menempa kejayaan di dunia dan akhirat kelak.


















 

Sunday, March 27, 2011

Keputusan Pertandingan Peringkat Negeri

Semalam, 26hb Mac 2011 seramai 8 orang anak-anak Baitul Husna menyertai pertandingan Tilawah Quran, Syarahan dan sajak peringkat negeri di antara rumah-rumah anak yatim seluruh negeri Pahang. Berikut adalah senarai anak-anak Baitul Husna yang menyertai pertandingan tersebut ;

1) Nasuha Bt Azmi          - Tilawah Quran
2) Siti Jamilah                  - Syarahan (Bahasa Melayu)
3) Nurul Fadhlin              - Syarahan ( Bahasa Inggeris)
4) Siti Khadijah               - Sajak
5) Wan Nur Fatihah        - Sajak
6) Nur Fatihah                - Sajak
7) Nur Nadia                 - Sajak
8) Nor Syakilla               - Sajak

Nasuha telah berjaya mendapat Johan dalam tilawah Quran bagi kategori Sekolah Rendah manakala Siti Jamilah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam syarahan. Kedua-dua mereka secara automatik berjaya mewakili negeri Pahang untuk ke pertandingan peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan pada bulan Jun.

Sekalung tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dan yang telah  menyertai pertandingan tersebut.Semoga di masa akan datang, anak-anak Baitul Husna akan berjaya menjadi johan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Terima kasih juga kepada para pengunjung blog ini yang turut mendoakan kejayaan anak-anak tersebut. Seluruh warga Baitul Husna ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua orang jurulatih yang membantu anak-anak ini semasa sessi latihan. Mereka yang terlibat ialah En Ahmad Benzin selaku sukarelawan di Baitul Husna dan Sdr Hilmi iaitu Timbalan Pengerusi JKP Baitul Husna.

Pihak PEKAYA ( Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Pahang) telah mengamanahkan kepada Sdr Hilmi sebagai urusetia semasa pertandingan tersebut. Ini adalah suatu penghargaan buat Baitul Husna kerana tenaga daripada Baitul Husna dapat disumbangkan kepada pihak PEKAYA untuk aktiviti pembangunan anak yatim & miskin.

Semoga Allah Ta'ala meredhai segala usaha baik kita untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.Mudah-mudahan usaha ini termasuk dalam kerja-kerja soleh.

Thursday, March 24, 2011

LATIHAN PERTANDINGAN

Kini anak-anak Baitul Husna sedang giat berlatih untuk menyertai pertandingan syarahan, tilawah dan sajak. Pertandingan ini melibatkan rumah-rumah anak yatim di seluruh negeri Pahang. Peringkat saringan akan diadakan di Masjid Negeri pada 26hb Mac 2011 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semoga semua yang menyertai pertandingan tersebut dapat melakukan yang terbaik. Jika berjaya mereka akan terpilih ke peringkat seterusnya untuk pemilihan ke peringkat Kebangsaan.

Sunday, February 13, 2011

SUMBANGAN JAMNAPARI ( KAMBING)

Hari Jumaat yang lalu, seorang hamba Allah dari kawasan Beserah telah menyumbangkan seekor kambing jamnapari kepada Baitul Husna. Beliau yang bertugas di Qatar akan berlepas ke sana pada hari Isnin ini. (14hb Feb 2011). Justeru, beliau berniat untuk memberi makan kepada anak-anak yatim dan mereka yang miskin.

Pihak Baitul Husna amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan telah meminta sebuah restoran Jawaher iaitu restoran makanan Arab yang terletak di Sungai Isap Jaya untuk menyediakan nasi Arab berlaukkan kambing tersebut. Keizinan Allah Ta'ala telah merealisasikan hasrat En. Rosli untuk memberi makan kepada mereka semua. 

Sebanyak 52 bungkus telah dipekkan dan kemudiannya diagihkan kepada anak-anak Baitul Husna, anak-anak Rumah Nur Iman dan perumahan PPRT di Panching Timur. Tugasan agihan dilaksanakan oleh Sdr.Hilmi dan Abg Man Taliban selepas solat maghrib.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa meminta agar anak-anak yang menerima sumbangan dan penerima sumbangan mendoakan keampunan daripada Allah Ta'ala untuk penyumbang serta dipermudahkan segala urusan perkerjaan. Hanya doa yang mampu dibalas kepada para dermawan yang menyumbang melalui Baitul Husna.



Wednesday, February 9, 2011

PERTANDINGAN NASYID, TILAWAH AL-QURAN DAN HAFAZAN

Majlis pertandingan nasyid, tilawah dan hafazan akan diadakan di Permata Camar pada bulan Mac ini. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajkan Anak Yatim Pahang (PEKAYA). Majlis ini bakal disertai oleh para penghuni rumah kebajikan anak yatim & miskin di seluruh negeri Pahang. Bagi mereka yang berjaya di peringkat negeri akan bertanding ke peringkat Kebangsaan. Tahun ini PEYATIM akan menganjurkan majlis tersebut i Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Negeri Sembilan.

Anak-anak Baitul Husna akan mengambil beberapa kategori dalam pertandingan tersebut. Antaranya ialah Tilawah Quran, Hafazan, Syarahan dan Sajak. Kini mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut akan berlatih untuk pertandingan peringkat negeri.

Diharapkan peluang yang pertama kali ini, bakal mendedahkan mereka dalam acara sebegini seterusnya dapat memberikan keyakinan kepada diri mereka sendiri.

Tuesday, February 1, 2011

Bersama PERKAYA

Kini Baitul Husna telah menyertai Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (PERKAYA). Sdr.Hilmi telah mewakili Baitul Husna dan elah dilantik sebagai jawatankuasa program majlis tilawah Quran peringkat negeri Pahang.

Semoga dengan penyertaan ini, Baitul Husna akan memiliki jaringan yang lebih luas lagi.

Sunday, January 30, 2011

Kempen Sumbangan Berterusan

Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Muhammad SAW juga kepada para ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud ;

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan " 
( Surah al-Baqarah :245)

"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."
( Surah al-Baqarah : 215)

Pihak Baitul Husna kini sedang membiayai 11 orang anak-anak yatim dan miskin yang berumur 10 tahun hingga 13 tahun. Insya Allah, kami akan menambahkan jumlah penghuni lagi 7 orang bagi memenuhi kapasiti maksimum seramai 18 orang.Justeru, perbelanjaan bulanan kami bakal bertambah bagi menampung kos tersebut.Oleh yang demikian kami kini melancarkan kempen sumbangan berterusan iaitu sumbangan secara tetap selama 1 tahun atau 2 tahun atau 3 tahun. 

Jumlah sumbangan yang boleh disumbangkan dari RM 10, RM 20, RM 30, RM 50, RM 100, RM 200 , RM 500 atau jumlah yang lebih daripada itu.Semua sumbangan boleh disalurkan melalui tiga kaedah iaitu didebitkan langsung ke akaun BIMB, Baitul Husna , melalui cek dan melalui wang pos atau kiriman wang. Kesemua sumbangan mestilah atas nama Baitul Husna Bukit Sekilau.

Para pengunjung blog ini boleh memanjangkan perkara ini kepada seramai mungkin kenalan anda. Mudah-mudahan dengan usaha yang bersepadu daripada semua pihak bakal membantu pihak kami menampung kos seperi yang dinyatakan di atas.

Segala pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi Sdr.Hilmi Mohd Noor di talian 016-2327061, 014-5078850, 014-6080510 atau 016-9332779. Pihak tuan/puan juga boleh menghantar sms kepada pihak kami melalui nombor-nombor yang diberikan.

Semoga Allah Ta'ala mengolongkan usaha kita ini sebagai amal soleh tanda syukur kita kepada Allah Ta'ala di atas muka bumi ini.

Saturday, January 29, 2011

Gambar Kembara TLS Ke Baitul Husna








Gambar-gambar di atas adalah gotong royong daripada pihak TLS. GM TLS iaitu En.Kamaruddin turut serta.

Kembara TLS ke Baitul Husna

Tanggal 22hb Januari lalu, pihak kami telah menerima rombongan seramai 100 oarang daripada Total Logistic Services (TLS). Rombongan tersebut turut dihadiri oleh General Manager TLS iaitu En.Kamarudin Bin Mohd Noor. Pihak TLS telah menyumbangkan seunit buaian, 2 unit bangku serta meja batu dan pokok-pokok bagi tujuan lanskap. Program tersebut diketuai oleh Sdr Izaruddin Bin Abdul Halim.

Rombongan tersebut telah memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan sekolah dan majalah kepada semua penghuni Baitul Husna dan anak-anak yatim yang menetap di luar Baitul Husna. Mereka juga berbesar hati untuk meraikan hari kelahiran tiga orang anak-anak Baitul Husna iaitu Nasuha, Wan Nur & Jamilah. Pada majlis tersebut hanya Jamilah seorang sahaja yang tidak bersama kerana ke sekolah.


Saturday, January 8, 2011

Masih Ramai Yang Memerlukan

Semalan selepas kuliah di Masjid Bukit Rangin, saya sempat berbual-bual dengan salah seorang jemaah. Sepanjang perbualan saya dengan beliau, masih ramai lagi insan atau individu yang memerlukan bantuan. Walaupun saya dan teman-teman telah berjaya mengusahakan Baitul Husna, sebenarnya di luar sana amat ramai mereka-mereka yang memerlukan bantuan tetapi kelompok ini tidak pula meminta-minta ke sana dan ke sini.

Justeru, program membantu anak yatim dan miskin luar adalah aktiviti sampingan kami. Kami berusaha mengenal pasti  sesiapa sahaja dilaporkan berada dalam kesusahan. Usaha membantu bagi meringankan bebanan dalam tangungjawab bersama terutamanya bagi mereka yang berkemampuan.

Pengalaman kami setelah menyampaikan bantuan baju sekolah, ternyata keceriaan di wajah para ibubapa dan penjaga. Kami amat terharu dengan keceriaan mereka dan berazam untuk mencari seramai mungkin penyumbang untuk membantu lebih ramai lagi.

Semoga Allah Ta'ala menghitung amal soleh kita semua.

Nukilan  : HILMI MOHD NOOR ( Timb.Pengerusi JKP Baitul Husna)

Thursday, January 6, 2011

KEMPEN BAJU SEKOLAH 2011

Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang untuk kempen pakaian sekolah bagi sessi 2011. Pihak kami telah menerima sumbangan yang membolehkan seramai 140 orang penerima mendapatkan pakaian secara percuma hasil sumbangan tersebut.

Kesemua mereka adalah terdiri daripada golongan anak yatim dan miskin yang tidak menetap di mana-mana rumah anak yatim atau asrama kebajikan. Pihak kami berharap dengan usaha yang kecil ini dapat meenggembirakan semua penerima.

Segala urusan pembelian diuruskan oleh pihak sekolah serta tiada majlis penyampian secara rasmi oleh pihak kami. Justeru, tiada gambar yang dapat dipaparkan di dalam blog ini.

Pihak kami telah memilih 2 buah pasar raya yang berhampiran dengan penerima iaitu Mydin Wholeseller Sdn Bhd dan Terus Maju Sdn Bhd. Pihak kami memberikan kupon kepada setiap penerima untuk ditukarkan di di pasar raya terbabit.

Semoga lebih ramai lagi akan menyumbang untuk kempen yang lain pada masa akan datang.

Keadaan dalaman yang baharu.

Keadaan dalaman Baitul Husna yang baharu hasil sumbangan daripada pihak Petronas Gas Berhad.



Kenangan 2010 Anak-Anak Baitul Husna

Gambar sempena hari lahir anak-anak Baitul Husna.

Gambar Kenangan sebelum cuti sekolah

Blog Baitul Husna

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini masih beroperasi secara sah untuk sebarang informasi dan perkembangan di Baitul Husna. Walaupun begitu, blog ( baitulhusnabukitsekilau.blogspot.com) masih boleh dikunjungi oleh para pengunjung.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pengendali blog ini iaitu Sdr Hilmi.

Segala perhatian para pengunjung amatlah dihargai.